When this post is published, i'll be on the plane to Jakarta.
It's sad to leave ur hometown, ur country when u've to go to somewhere else to further ur study. When i was still a kid, i believe it's everyone's ambition to become an oversea student. But when u're one, it sucks!!
I've to leave my family and friends behind. Oh not forgetting my girlfriend :) it's sad. really sad.
it's my 2nd year now and the first time i bid farewell to everyone, i nearly cried. *i really cried actually.
Dah la girlfriend was not able to send me at the airport. Couldnt see her face for the last time on that day. And this year, i will be absent to send her off to India because i'll be in Jakarta at that time.
Being in long distance relationship (LDR) is not easy. There are so many things you have to face. I know that and Im trying to give my best. I've learnt a lot from this. Learnt to tackle few things because i've to consider not only myself but also my other half. Every decision you make, every thing you do, there are consequences. so, i've to be very careful to make one,
we cant see each other every day. That's the pro and also the cons. Let's talk about the cons first. We miss each other so easily. Ya lah kan x dapat jumpa every day. But at the same time, there's pro to this which is x dapat jumpa, it's okay, we know we love each other when both of us are missing each other :)
Now, you're back in college for KI. I hope you'll do well. Limit yourself from going out every week or every day. haha. Don't skip your meals. Try to eat some, a bit of crackers maybe if you're avoiding heavy meals. I dont want you to fall sick. KI is fun. That's what my friends told me so enjoy yourself for 3 months.
In July you're going to India. Firstly, i'm sorry because i cant send you off because i'm in Jakarta maybe having class at that time. Best of luck in India. Trust me, everything will be fine for you. I know you can do it. Try to adapt to the new environment and dont 'sigh' too much.
Ure entering Uni means we're going to have less time together. I know we're not going to txt each other like now or skype every night like we always do before, promise me you'll never forget me and still love me like the first time we bcme couple.
I'm sorry if i've hurt you before, i didn't mean to hurt you. I love you so much and will always love you. Take a good care of yourself. Always be a good girl :)
I love you sayang
Showing posts with label 2013. Show all posts

Saturday, March 9, 2013
Monday, February 25, 2013
Ulang tahun
Selamat ulang tahun seminggu si nota 2. Eh, kalau baru seminggu nak panggil ulang tahun ke ulang minggu? lantaklah nak panggil apa. Yang penting, si nota 2 sudah berada dalam dakapan ku selama 7 hari.
Aku tidak pernah bermimpi untuk memiliki si nota 2. Memang aku ada merancang untuk menukar telefon genggam yang lama kepada yang baru semasa cuti ini. Tetapi tidak pernah terlintas pula di fikiran untuk memiliki nota 2. Mungkin disebabkan rasa cinta dan sayang kepada kekasih hati mebuatkan aku memilih nota 2 daripada telefon pintar yang lain. Maklumla, telefon sepasang, baru la couple phone namanya.
Hasil duit simpanan sejak bangku sekolah lagi, ditambah juga dengan wang pemberian kerajaan (Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BRIM) alhamdulillah aku mampu memiliki si nota 2.
Setelah melakukan beberapa survey di kedai telefon sekitar bandar Sibu, aku mendapati harganya hampir sama dan rata-rata kedai tidak mahu tawar-menawar. Jadi akhirnya aku berseteju untuk membelinya dengan harga sekian-sekian. Dan sudah pasti aku ada bertanyakan sekiranya ada sebarang free gift dengan pembelian telefon tersebut. Tidak Malaysian la kalau beli barang mahal-mahal kalau tak mintak free gift.
Usai membeli telefon pintar, aku terus pulang ke rumah dengan senyuman lebar terukir di pipi. Pada sebelah malamnya, aku tidur sebantal, setilam bersama telefon baru. Sungguh indah malam pertama bersama telefon baru kesayangan aku.
Beberapa hari pertama aku menggunakan si nota 2 tersebut, amat kekok sekali rasanya. Aku yang sudah terbiasa menggunakan hp berjenama nokia masih terkejut beruk melihat screen telefon yang terlalu besar.
Aku berharap agar aku dapat menggunakan telefon pintar ini sebaik mungkin.
Sekarang aku nak cari apps yang dapat suruh aku lulus exam dengan senang.

Thursday, February 7, 2013
Cita-cita
Selamat pagi dan salam sejahtera
Aku masih ingat, dulu waktu kat sekolah rendah, cikgu bagi kad yang berbentuk buku dan suruh murid-murid isi nama, tarikh lahir, alamat, no telefon, cita-cita, hobi dan pendek kata semua yang berkaitan dengan diri seorang pelajar. Sampai hari ni aku tak tahu apa motif buku tersebut. Mungkin untuk tujuan pendataan dan kemudian dibandingkan dalam jangka masa 20 tahun yang akan datang kot. Nak tengok betul tak student tu dapat capai cita-cita seperti yang ditulis dalam buku tersebut.
Yang peliknya, buku itu diisi setiap tahun, dari darjah 1 sampai la darjah 6. Kalau ada darjah 10 mungkin sampai darjah 10 jugak. Maka selama 6 tahun berturut-turutlah aku mengisi kad tersebut dengan cita-cita yang berlainan. Bukan satu cita-cita yang perlu disenaraikan, tetapi tiga sekaligus. Pernah nak jadi bomba lah, polis lah, tentera lah, jurutera lah, model lah, pramugara lah, arkitek lah, driver F1 lah, perompak lah *ehh!! dan macam macam lagi.
Tapi sekarang, aku ambik course yang langsung takda kena mengena dengan mana-mana pekerjaan yang disenaraikan sebentar tadi. Nak jadi doktor tak ada dalam senarai pun. Sampai sekarang aku masih musykil dan tertanya-tanya kenapa la aku sekarang dalam medschool.
Nampak sangat buku tersebut seperti untuk menipu diri sendiri walaupun mungkin kewujudan buku tersebut adalah untuk cikgu/ibu bapa keep their children on the right track agar cita-cita mereka sejak kecil kesampaian. Kan nampak macam usaha murni pihak kementerian pelajaran kannn.
Jadi kawan-kawan, apa yang aku boleh simpulkan kat sini adalah, tak semua yang kita rancang itu akan terjadi, kita hanya mampu merancang, Tuhanlah yang menentukan.
*****************************************************************************************
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal buku tersebut, anggap saja bebelan sebentar tadi merupakan muqadimah penulisan saya kali ini.
Semalam, aku sempat merasa bagaimana menjadi seorang tentera/polis yang bersenjata dan juga seorang pemandu kereta lumba vrooommm. Ya, ini bukan lah rekaan ataupun cerita dongeng, aku benar-benar telah mengalami pengalaman menjadi seorang tentera dan pemandu kereta lumba.
Pertama sekali, aku menjadi pemandu kereta lumba tanpa disengajakan, ketika aku sedang berjalan-jalan di pusat beli belah terkemuka yang letaknya hanya 2km dari rumah aku, aku melihat sebuah mesin yang disertai dengan tempat duduk seperti kereta lumba, lengkap dengan kotak gear, pedal minyak dan break.
Tanpa berfikir panjang, aku pun duduk di kerusi tersebut. Dalam sekelip mata sahaja, keadaan berubah menjadi gelap gelita sebelum terang kembali sesaat selepas itu. Setelah keadaan menjadi sepertia biasa, aku mendapati aku tidak lagi berada di pusat beli belah tersebut, sebaliknya aku berada di Litar Antarabangsa Sepang dan berada di tempat duduk kereta F1.
Menyedari akan hal tersebut, aku tidak teragak-agak untuk melihat kiri dan kanan. Ternyata di sebelah kiri aku adalah Michael Schumacher dan di sebelah kanan pula, Fernando Alonso. Aku amat teruja berada di atas liter bersama-sama mereka. Sebaik sahaja lampu hijau dinyalakan, aku terus menekan pedal minyak sekuatnya dan memecut laju. Ya aku berjaya meninggalkan kedua-dua pelumba ternama tersebut jauh di belakang. Adegan potong-memotong turut terjadi, tetapi disebabkan kecekapan aku mengendalikan kereta, aku berjaya mendahului pelumba-pelumba lain.
Akhirnya, aku berjaya memenangi pelumbaan yang sengit tersebut. Kemudian, aku keluar daripada kotak mesin tersebut, aku melihat terdapat pistol di hadapan aku. Aku pun mengambil pistol tersebut dan sebaik sahaja aku mencapai pistol, keadaan mula berubah. Guruh berdentum-dentam, kilat sabung-menyabung, angin bertiup kencang, sekarang aku berada di sebuah pulau yang tidak diketahui namanya.
Di pulau tersebut, aku ditugaskan bersama-sama dengan seorang kawan undecover untuk menyiasat misi penyeludupan minyak masak. Kami berusaha untuk menyusup ke bahagian dalam pulau tanpa diketahui musuh. Tapi sayangnya, musuh telah menghidu pergerakan kami, dan kami telah diserang. Maka, berlakulah adegan tembak menembak di situ. Kami saling membalas tembakan dan aku berjaya membunuh ramai musuh. Tetapi malangnya, teman sejawat aku telah tumpas ditangan musuh. Melihat keadaan tersebut, aku sedaya upaya membalas dendam untut menuntut kematiannya. Bagi aku, biarlah hutang darah, dibalas darah.
Berbekalkan semangat yang kental, aku berjaya menumpaskan sindiket tersebut walaupun seorang diri. Alhamdulillah. Selesai sahaja misi tersebut, langit kembali cerah dan keadaan menjadi seperti biasa.
Aku yang kepenatan mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Pengalaman menjadi seorang pemandu kereta lumba F1 dan seorang perisik amatlah berharga bagiku. Walaupun cita-cita menjadi pelumba dan polis tidak kesampaian, cukuplah sekadar bermain di arcade. Ya, ARCADE!! mungkin itulah tujuan adanya arcade ataupun tempat yang sewaktu dengannya selain menghisap duit pelanggan melalui penjualan token yang dulunya RM1 dapat 2 token, sekarang RM1 hanya 1 token.
Namun sekarang, dunia semakin kehadapan dan semakin maju, buat siapa-siapa yang nak dedahkan anak-anak mereka kepada kerjaya yang profesional yang menjanjikan gaji yang lumayan kelak, bolehlah pergi ke KidZania (klik link untuk ke website KidZania) untuk pendedahan awal.
Terima kasih kawan-kawan :)
*I love you si pengambil gambar :)

![]() |
| Kredit kepada Ashley |
Monday, February 4, 2013
Antara FIFA, Frenchman dan gadis korea
Lokasi : Restoran makanan segera
Masa : sekitar jam 0130
Semuanya terjadi berturutan ketika aku sedang mengisi masa terluang menanti flight pertama ke Sibu dari KL.
Setelah menghabiskan kentang goreng, aku mengambil keputusan untuk bermain game. Rasa kecewa masih menebal disebabkan line internet yang lambat mcm siput atau mungkin lebih lambat membuatkan hasrat untuk skype bersama orang tersayang terpaksa dilupakan. Disebabkan external hard disk tertinggal di kotaraya Jakarta, terpaksalah aku mencari perkara lain untuk dilakukan. Jadi aku mengambil keputusan untuk bermain game FIFA yang telah sedia ada terinstall di laptop.
Disebabkan pelanggan tidak ramai, suasana hening mengisi ruang restoran makanan segera tersebut. Masing-masing dengan fi'il tersendiri. Antaranya, ada yang tidur berkatilkan kerusi, menonton rancangan korea, bergossip dan bermain dam haji. Melihat akan keadaan tersebut, aku tidak teragak-agak untuk merestart laptop aku untuk ditukarkan kepada OS windows agar dapat digunakan untuk bermain game.
Melihat kepada folder game, kali terakhir aku bermain adalah pada Disember lepas. Dan baru sekarang aku mempunyai masa untuk menyambung kembali permainan yang belum selesai. Lihatlah betapa sibuknya dunia seorang budak medik.
Sedang aku bermain sebagai pasukan kegemaran Manchester United menentang noisy neighbour yang x berapa nak hebat, aku disapa oleh seorang mamat botak. Aku yang tersentak, lantas menghentikan permainan dan menjawab sapaannya.
Soket tersebut telah menjadi medium persahabatan antara kami berdua.
Aku hanya mengangguk tanda faham. Keadaan yang janggal telah terjadi apabila dua orang asing duduk di meja yang sama. Tetapi masing-masing cuba untuk menjadi sefriendly mungkin.
Maka banyaklah pertanyaan diajukan oleh kedua belah pihak. Daripada hal keluarga, pekerjaan, pelajaran, hobi dan pengalaman telah dikongsikan bersama. Sehinggakan mamat perancis tersebut yang sebelumnya duduk berhadapan dengan aku, telah bertukar tempat duduk di sebelah aku untuk melihat kehebatan aku bermain game bola sepak.
Aku sempat bertanya tentang keluarganya, dia mempunya 3 orang anak. Seorang laki-laki dan 2 perempuan. Anaknya yang pertama berada di medschool tahun pertama manaklah anak yang kedua dan bongsu masih kecil. Dia tidak segan menyatakan bahawa dia sudah bercerai. Aku terdiam seketika apabila dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai. Memang benarlah dikatakan orang bahawa mat saleh memang lebih terbuka daripada orang timur.
Dia pula sempat bertanyakan aku adakah aku sudah mempunyai kekasih hati.
Masa : sekitar jam 0130
Semuanya terjadi berturutan ketika aku sedang mengisi masa terluang menanti flight pertama ke Sibu dari KL.
Setelah menghabiskan kentang goreng, aku mengambil keputusan untuk bermain game. Rasa kecewa masih menebal disebabkan line internet yang lambat mcm siput atau mungkin lebih lambat membuatkan hasrat untuk skype bersama orang tersayang terpaksa dilupakan. Disebabkan external hard disk tertinggal di kotaraya Jakarta, terpaksalah aku mencari perkara lain untuk dilakukan. Jadi aku mengambil keputusan untuk bermain game FIFA yang telah sedia ada terinstall di laptop.
Disebabkan pelanggan tidak ramai, suasana hening mengisi ruang restoran makanan segera tersebut. Masing-masing dengan fi'il tersendiri. Antaranya, ada yang tidur berkatilkan kerusi, menonton rancangan korea, bergossip dan bermain dam haji. Melihat akan keadaan tersebut, aku tidak teragak-agak untuk merestart laptop aku untuk ditukarkan kepada OS windows agar dapat digunakan untuk bermain game.
Melihat kepada folder game, kali terakhir aku bermain adalah pada Disember lepas. Dan baru sekarang aku mempunyai masa untuk menyambung kembali permainan yang belum selesai. Lihatlah betapa sibuknya dunia seorang budak medik.
Sedang aku bermain sebagai pasukan kegemaran Manchester United menentang noisy neighbour yang x berapa nak hebat, aku disapa oleh seorang mamat botak. Aku yang tersentak, lantas menghentikan permainan dan menjawab sapaannya.
"Hello, can I sit with you at this table?" dia bertanya.
"Oh hello. Yeah, sure," aku menjawab singkat
"Actually can we share the electricity?" tanyanya sambil telunjuk mengarah ke soket
"Of course, do you have the adapter?"
"Here." jawabnya seraya menghulurkan adapter untuk dipasang pada soket
Soket tersebut telah menjadi medium persahabatan antara kami berdua.
"Where are you from?" Dia bertanya sebelum sempat duduk setelah memasang soket
"I'm from Malaysia, waiting my flight to Sibu, Sarawak. And you?" balas aku
"I'm from France but living in China, I'm going to Bali"
Maka banyaklah pertanyaan diajukan oleh kedua belah pihak. Daripada hal keluarga, pekerjaan, pelajaran, hobi dan pengalaman telah dikongsikan bersama. Sehinggakan mamat perancis tersebut yang sebelumnya duduk berhadapan dengan aku, telah bertukar tempat duduk di sebelah aku untuk melihat kehebatan aku bermain game bola sepak.
Aku sempat bertanya tentang keluarganya, dia mempunya 3 orang anak. Seorang laki-laki dan 2 perempuan. Anaknya yang pertama berada di medschool tahun pertama manaklah anak yang kedua dan bongsu masih kecil. Dia tidak segan menyatakan bahawa dia sudah bercerai. Aku terdiam seketika apabila dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai. Memang benarlah dikatakan orang bahawa mat saleh memang lebih terbuka daripada orang timur.
Dia pula sempat bertanyakan aku adakah aku sudah mempunyai kekasih hati.
"Do you have girlfriend?"
"Yes, I do have one"
"How many years you have been together?"
"Two years"
"Wow, you're getting serious"
"I've met her parents"
"That are really serious"
Lebih kurang begitulah dialog kami berdua.
Sedang kami melepak, seorang gadis korea sedang bertelefon. Aku yang telah lama memerhatikannya menyangka dia adalah seorang chinese. Tetapi jangkaanku meleset. Setelah mendengar beberapa patah perkataan keluar dari mulutnya, barulah aku tahu dia adalah korean. Andwe, chincha, aigoo, oppa, dé adalah antar perkataan yang dapat aku tangkap dan faham maksudnya. Yang lain, haram aku nak faham. *Terima kasih kepada rancangan korea no 1 yang diminati ramai iaitu Running Man kerana berjaya mengajarku beberapa perkataan korea*
Seperti gadis-gadis kpop, gadis tersebut juga berkulit putih, bermata besar, hidung mancung dan lain lain yang aku sendiri ragu-ragu apakah itu kecantikan semulajadi ataupun kecantikan plastik semata. Gadis korea tersebut asyik bertelefon dan kadang-kadang berskype mungkin. Tingkah lakunya sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku dan mamat perancis botak.
Setelah hampir 2 jam duduk semeja, mamat perancis itu minta untuk mengundurkan diri. Sebagai buah tangan, dia memberikanku sehelai wang kertas cina dan sekeping syiling negara cina. Manakala aku hanya memberikannya senyuman yang paling manis dan "nice to meet you". Dia pula membalas "goodluck with your study, and you're winning your game so I can't wish you goodluck on that"
Untung aku berjumpa dengan orang yang peramah sepertinya.
Namanya Fabrice
Seronok sebenarnya dapat bermalam di airport atau tempat awam lain, dapat tengok macam-macam karenah manusia
Sunday, February 3, 2013
Malaysia aku datang
Tepat jam 2305, burung besi selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur LCC Terminal. Sebagai rakyat marhaen, aku hanya mampu menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah walaupun realitinya tak seperti yang diuar-uarkan.
Ini kali pertama aku menaiki pesawat dengan dompet kosong, sekosong flight dari Jakarta ke KL. Takla kosong pun sebenarnya, hanya ada 12 ribu rupiah tersisa setelah wang digunakan untuk membeli 2 gelas kopi mahal. Semasa berasa di dalam pesawat, aku terpaksa menahan godaan bau makanan kiri dan kanan. Disebabkan rasa lapar, maggie cup nampak cukup menyelerakan. Hasrat ingin membeli, tapi apakan daya duit takdak.
Setelah touchdown, aku bergegas keluar dari pesawat dan melajukan langkah ke terminal. Aku kurang gemar nak beratur panjang dekat kaunter imigrasi. Terima kasih kepada jabatan imigrasi Malaysia kerana menyediakan kauner elektronik untuk penumpang. Dengan hanya meletakkan passport ke dalam tempat disediakan dan scan cap jari, kurang dari 1 minit aku telahpun melepasi kaunter imigrasi.
Aku teringat di dalam pouch kecil tempat aku menyimpan kad-kad atm malaysia dan IC ada terselit wang kertas ringgit malaysia berjumlah RM9. Aku pun menuju ke booth digi dengan hasrat nak tambah nilai pulsa. Sayangnya jumlah minima adalah RM10. Bukan dulu RM5 pun boleh top up ke?
Cabaran setelah sampai di tanah air belum terhenti, aku diuji pula dengan machine atm yang rosak, nasib baik lah aku kerja pizza hut dulu ada buat akaun maybank, nak tak nak terpaksa guna akaun maybank.
Perut lapar, aku terus menuju ke restoran makanan segera yang terkenal seantero dunia untuk mengisi perut. Dan aku masih di sini semasa post ini ditulis.
Aku mati kutu nak fikir apa aku nak buat sampai flight aku jam 8 pagi nanti. External HDD aku tertinggal di Jakarta. Damn!!

Friday, February 1, 2013
February
"This life is a precious gift. So don't get too crazy, It's not worth the risk."
*YOLO-The Lonely Island Feat Adam levine n Kendrick Lamar*
Akhirnya blok 13 tamat dengan rasminya setelah peperiksaan ulang pagi tadi. Walaupun aku telah lulus dengan cemerlang untuk blok ini, aku mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan ulang.
"Daripada tidak berbuat apa di rumah, mending gue ngambil herr."
Demikianlah bisikan yang aku lemparkan terhadap diri sendiri. Siapa tahu, aku akan mendapat A* setelah ujian ulang. Disebabkan aku seorang star di campus, aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghitamkan 100 kotak diatas lembar jawapan. Tidak sia-sia aku mengambil ujian ulang, soalannya mirip seperti soalan inte 1 dan inte 2 lepas. Maka peluang untuk mendapat A* semakin cerah.
Selepas peperiksaan ulang tersebut, kelompok PBL aku beramai-ramai ke pusat beli-belah terdekat untuk meraikan tamatnya semester 3 sekaligus meraikan hari jadi teman sekelompok. Mini outing tersebut nampak bosan pada mulanya kerana aku adalah seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan orang ramai.
Walaupun telah hampir setengah tahun bersama mereka, aku masih berasa kekok apabila berada dalam kelompok tersebut. Aku adalah yang terawal sampai, nah, aku mampu membuktikan bahawa janji melayu itu adalah dusta semata. Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka tiba dan dalam jangka waktu 20 minit kami beramai-ramai telah bergerak untuk memenuhi hasrat perut masing-masing.
Ketika sedang mencari restoran yang sesuai, sedikit argument telah terjadi.
"Gue allergic seafood, ga bisa makan udang sama kepiting," ujar Enrique
"Aku pula ga makan lembu, kerana itu tuhan aku," balas Kajol
"Aku ga makan babi, babi itu kotor," kata si Joe yang telahpun menahan rasa lapar sejak tadi
Kesemua ahli kelompok terdiam dan meneruskan perjalanan mencari restoran yang tidak menjual seafood, lembu dan babi.
Akhirnya hasrat semua orang dipenuhi. Tiada seafood, lembu dan babi. Masing-masing memesan ayam, sayur kangkung, tahu dan tempe goreng. Perbualan di kedai makan agak perlahan kerana masing-masing khusyuk dengan makanan. Bak kata orang tua, tak elok bercakap ketika makan.
Setelah selesai upacara makan-makan dan memotong kek yang tak-berapa-nak-sedap, keadaan menjadi hangat kembali. Kali ini untuk memilih antara menonton wayang ataupun karaoke. Masing-masing dengan sebabnya yang tersendiri. Wayang adalah pilihan suara ramai, jadi bergeraklah sekumpulan anak muda ke tingkat 4 untuk melihat cerita apa yang sedang ditayangkan.
Joe berdoa agar janganlah cerita hantu menjadi pilihan kerana dia merupakan seorang yang penakut. Walaupun begitu, sesampainya di kaunter tiket, cerita hantulah yang menjadi pilihan. Bergetar kepala lutut Joe. Tetapi, nasib masih menyebelahinya, Mariam memberitahu bahawa dia tidak bisa pulang lewat. Disebabkan cerita bermula pada jam 3.45pm waktu indonesia barat, sudah tentu akan habis lewat dan Mariam pula tidak dibenarkan ibunya untuk balik melebihi jam 5.
Jadi kami beransur keluar dari panggung wayang dan menyusun langkah untuk ke pusat karaoke. Aku bukanlah seorang yang gemar berkaraoke. Suaraku lunak seperti buluh perindu dan aku jarang menunjuk-nunjuk kehebatanku kerana ditakuti hasrat untuk menjadi seorang doktor bertukar menjadi artis.
Tetapi siapa yang sangka, semedium-medium bilik karaoke bisa berubah menjadi discotique.
I took the mic and scream YOLO to them!!! YOLO!!!
Wednesday, January 30, 2013
End of Semester 3
Thanks God i've passed my 13th block-growth and development of this semester which is the last block of my 3rd semester. So, I have 4 more semesters to finish before i'm going into clinical years.
The end of my 3rd semester means, semester break is going to start and i'm going to spend my one month holiday in my hometown-Sibu. Before this, i've tried to plan what i'm going to do when i'm in sibu, but i just can't list out any of them. They are too many for me to list down.
One thing to put in mind is about money. I don't have lots of money to spend if i'm planning to go out or having any road trips with friends. Delicious food, good place to hang out, why you have to be so expensive? Can I just spend less to get more?
I'm planning to have a photoshoot outing with close friends and girlfriend. But, girlfriend is not that excited everytime I ask her if she wants me to take photos of her. Why oh why? or maybe she is interested but she doesn't want to tell me?
**************************************************************************************************************************
I've four more days to spend in Jakarta before i'm heading home. I'm thinking to go to Thamrin City tomorrow to buy something for my dad coz his birthday was in November last year and I did't give him any present. And for my mom, maybe err err I don't know. I'm bad at giving others presents. Or maybe I just don't know what to buy for them.
Then, i'll walk to Plaza Indonesia and few places nearby. I might take my beloved LCA with me and enjoy our time with street photography together. I've always wanted to walk from Bundaran HI to Monas to take photos, but with Jakarta's hot and dry weather, i've to think twice.

| Each step you're taking today will make who you are tomorrow |
Photo is taken with LOMO LCA and Agfa CT Precisa 100 expired film
Be proud of who you are and never underestimate yourself
Sunday, January 27, 2013
Turun Padang
Pada Khamis lepas, bersamaan dengan 24 Januari 2013/12 Rabiulawal 1434H, Kelab **** Jakarta telah turun padang untuk memberikan sedikit bantuan kepada mangsa banjir besar di kawasan Pluit, Jakarta Utara. Seramai 9 orang ahli kelab menuju ke Pluit dengan menaiki 2 buah kereta yang disewa khas dalam misi kemanusiaan ini ataupun lebih dikenali dengan nama bakti sosial (BAKSOS) di Indonesia.
Walaupun telah bertolak seawal jam 1 tengah hari, perjalanan ke Pluit yang selalunya hanya mengambil masa sekitar setengah jam menjadi hampir satu jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana jalan menuju ke Pluit digenangi air.
Kami berhenti di depan Emporium Pluit dan Pluit Junction, dua buah kompleks beli belah di mana di situlah, di tempatkan booths bantuan untuk mangsa banjir yang dipindahkan. Suasana di sekitar kawasan tersebut sangat sesak dan terdapat ramai Tentera Rakyat Indonesia (TRI) untuk mengawal keadaan daripada menjadi kucar-kacir.
Salah seorang daripada pemandu kami, berjaya bernegosiasi dengan anggota TRI untuk meminta kebenaran menaiki truk tentera bagi meninjau kawasan sekitar yang dinaiki air. Walaupun telah surut, air masih berada pada paras pinggang orang dewasa-sekitar 1 meter.
Kami dibawa menaiki truk selama lebih kurang setengah jam untuk melihat sendiri bagaimana, bencana alam ini telah memusnahkan banyak harta benda dan memberi banyak kerugian kepada para peniaga mahupun orang persendirian.
Syukurlah, ramai yang datang memberikan bantuan, tidak kira daripada NGO di sini mahupun daripada orang perseorangan. Semasa kami berada di tempat kejadian kami menyaksikan sendiri orang ramai datang untuk memberikan sumbangan berupa makananan dan pakaian kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada mangsa banjir.
Selain booth untuk mengagihkan sumbangan, terdapat juga booth yang menyediakan khidmat rawatan kesihatan kepada mangsa banjir. Diberitahu, rata-rata mangsa banjir menghidap alergi pada kulit disebabkan air banjir yang kotor.
Diharap pada masa mendatang, masih ada misi kemanusiaan sebegini dijalankan kerana, walaupun tidak ada bencana, ramai sebenarnya yang memerlukan pertolongan sebegini lebih-lebih lagi di Jakarta, Indonesia.

| Persediaan sebelum bertolak |
![]() |
| Keadaan penuh sesak |
![]() |
| Mangsa banjir menunggu bantuan |
![]() |
| Lori terbalik disebabkan banjir |
![]() |
| Seven Eleven lumpuh |
![]() |
| Life of Pi |
![]() |
| Perusahaan mengalami kerugian |
![]() |
| Warung ditenggelami air |
![]() |
| Mencuci apa yang patut |
![]() |
| Sumbangan yang tidak seberapa |
![]() |
| Ahli yang turun padang |
Pengalaman untuk berada di tempat kejadian amatlah berharga. Seberat manapun mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Laporan disediakan oleh,
Abu bin Samad
Pengerusi Persatuan Budak Nakal
Friday, January 18, 2013
Banjir
Joe kepenatan setelah mengulang kaji pelajaran sejak dari jam 8 malam. Kini jam telah pun menunjukkan angka 2. Joe hampir tidak percaya bahawa dia telah meluangkan masa selama 6 jam untuk mentelaah pelajaran demi peperiksaan yang akan dihadapinya dalam beberapa hari lagi. Disebabkan penat, Joe mengambil keputusan untuk tidur kerana keesokan harinya, dia mempunyai banyak kelas untuk dihadiri, sebagai seorang pelajar cemerlang, istilah ponteng kelas tidak ada di dalam kamus hidupnya. Joe tidur diiringi rintik hujan dan kedinginan pada malam itu benar benar membuai lena Joe.
*****
Joe bangun daripada tidur matinya, melihat jam di atas meja bersebelahan dengan katilnya, Joe mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bagi Joe, setiap perkara yang dilakukan hendaklah dilakukan semaksima mungkin, begitu juga dengan waktu tidur, hendaklah digunakan sebaiknya. Hujan masih mencurah dengan lebatnya dan Joe tidak bimbang dengan keadaan tersebut malah dia amat gembira kerana hujan menemaninya untuk dibuai mimpi indah.
Kedengaran suara Ahmad diluar sedang berbicara dengan Haikal, Ahmad yang mempunyai kelas jam 7 rupanya tidak dapat hadir ke kelas disebabkan banjir. "BANJIR??" Joe bertanya kepada diri sendiri. Joe keluar dan menanyakan hal yang sebenarnya. Ahmad mengiyakan segala pertanyaan Joe dan memaklumkan bahawa semua kuliah dibatalkan. "Alhamdulillah." Ujar Joe di dalam hati. Joe melangkah kembali ke biliknya untuk menyambung kerjanya yang tergendala.
Ketika sedang enak dibuai mimpi, Joe merasakan keadaan sekelilingnya panas. Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus. Tetapi Joe tidak mengendahkan semua itu dan kembali tidur.
Kira-kira sejam setelah itu, barulah Joe bangun dan keluar daripada bilik. Joe baru sedar yang banjir besar sedang menenggelami kota Jakarta setelah menonton berita semasa di televisyen. "Nasib baik rumah kita kat tempat tinggi," kata Joe kepada teman serumah sambil melangkah keluar untuk membeli nasi padang.
![]() |
| Bundaran Hotel Indonesia dan keadaan sekitarnya yang ditenggelami air. *aku kenal bundaran ni dari film Isabella lakonan Amy Search |
Wednesday, January 16, 2013
Blog
At last, I've found that girl's blog. The one that I only read few parts of it 2 years ago. Got the link from her FB before she deleted it back then. From just friend, we became strangers before we became friends again in FB after 7 years. ( I know this friends-strangers-friends relationship are very hard to explain to you people out there).
But who cares. She's mine now :) I've never thought that I'll be searching for her blog again after she deleted the link. I've searched high and low before and I failed. After that, I gave up to search for her blog.
As far I can recall, I only remember the part which she said she's into fashion photography, other that that "puff" I didn't remember a single thing about her blog.
And tonight, I don't know why, suddenly I tried to search for her blog again and after a few trials, I found it (Y) Ohh thanks to myself who brought up the topic about fashion photography. hehehe If i didn't brought that up I won't search for the blog.
At least now i've read what I missed last time
I love you :)

Thursday, January 3, 2013
Kembali ke sekolah
Tak seperti zaman dahulu, bila nak start sekolah je semangat habis. Kasut baru, baju baru, beg baru, botol air baru, pencil case baru, pendek kata semua la baru bila sesi persekolahan nak start. Padahal semua yang baru tu, tak sampai sebulan dah rosak rabak. Biasala, lelaki, mana cermat nak jaga barang. Lebih-lebih lagi lelaki maskulin seperti aku. Sebab? Dengan kasut sekolah la aku jadikan sebagai kasut futsal, 2 in 1 la katakan. Baju sekolah pulak, jadi jersi futsal. Tak sah kalau tak balik rumah kolar baju hitam dipenuhi daki dan peluh lelaki sejati.
Semangat manapun aku nak datang sekolah, aku datang lewat jugak. Disebabkan mempunyai pengaruh yang kuat, aku suruh kawan aku, Andy reservekan tempat duduk. Dia seorang yang rajin, tak seperti aku. Tapi sedikit sebanyak kerajinan dia banyak mempengaruhi aku. Kami banyak belajar bersama, dia tolong aku, aku tolong dia. Haa tengok, mcm tu la kita sepatutnya hidup. Ni kata 1 Malaysia tapi sering sangat nak condemn kaum lain. Patutnya hidup relax je, tolong menolong bagai aur dan tebing.
Dulu aku bersekolah kat sekolah harian biasa je, bukan sekolah berasrama penuh. Sampai hari ni aku tak faham kenapa orang beria nak masuk sekolah berasrama penuh. Best sangat ke? Mungkin org lain punya sebab kenapa nak masuk SBP. Aku dapat jugak tawaran masuk SBP dulu, tapi disebabkan anak emak, aku stay kat sekolah harian je.
Dah 4 tahun rupanya aku meninggalkan zaman persekolahan. Rindu kat sekolah, rindu suasana sekolah, rindu kawan-kawan, rindu nak tidur dalam class. Sebenarnya, aku bersekolah di sekolah yang majoriti pelajarnya adalah terdiri daripada kaum cina. Jadi, aku kira minoriti la kat sekolah tu. Tapi best jugak sebenarnya, asyik nak kawan dengan melayu je mana thrill. Sebab tu la aku banyak kawan cina tapi aku tak pandai nak berbahasa cina, kalau faham sikit-sikit tu boleh la. Menyesal tak belajar dulu. Aku teringat kat senior aku pernah cakap :-
Post ni ditulis sebab sekarang musim sekolah. Selamat bersekolah. Dan aku akan kembali berkuliah esok. MALASNYA!!
Satu lagi, syndrome tak sabar nak balik kampung dah membuak, tambah pula CNY tak lama lagi, nak celebrate sama-sama kawan chinese mcm dulu dari pagi sampai malam visiting sampai mabuk limau.
*Siapa kata Cina dan Melayu tak boleh bersatu?

"Kalau kamu nak belajar Mandarin, cari Chinese girlfriend"
Kalau aku jumpa dengan dia sekarang aku nak cakap macam ni :
Sekarang girlfriend aku tak ajar aku Mandarin pun, guano ni boh?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu lagi, syndrome tak sabar nak balik kampung dah membuak, tambah pula CNY tak lama lagi, nak celebrate sama-sama kawan chinese mcm dulu dari pagi sampai malam visiting sampai mabuk limau.
*Siapa kata Cina dan Melayu tak boleh bersatu?
Subscribe to:
Posts (Atom)