"This life is a precious gift. So don't get too crazy, It's not worth the risk."
*YOLO-The Lonely Island Feat Adam levine n Kendrick Lamar*
Akhirnya blok 13 tamat dengan rasminya setelah peperiksaan ulang pagi tadi. Walaupun aku telah lulus dengan cemerlang untuk blok ini, aku mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan ulang.
"Daripada tidak berbuat apa di rumah, mending gue ngambil herr."
Demikianlah bisikan yang aku lemparkan terhadap diri sendiri. Siapa tahu, aku akan mendapat A* setelah ujian ulang. Disebabkan aku seorang star di campus, aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghitamkan 100 kotak diatas lembar jawapan. Tidak sia-sia aku mengambil ujian ulang, soalannya mirip seperti soalan inte 1 dan inte 2 lepas. Maka peluang untuk mendapat A* semakin cerah.
Selepas peperiksaan ulang tersebut, kelompok PBL aku beramai-ramai ke pusat beli-belah terdekat untuk meraikan tamatnya semester 3 sekaligus meraikan hari jadi teman sekelompok. Mini outing tersebut nampak bosan pada mulanya kerana aku adalah seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan orang ramai.
Walaupun telah hampir setengah tahun bersama mereka, aku masih berasa kekok apabila berada dalam kelompok tersebut. Aku adalah yang terawal sampai, nah, aku mampu membuktikan bahawa janji melayu itu adalah dusta semata. Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka tiba dan dalam jangka waktu 20 minit kami beramai-ramai telah bergerak untuk memenuhi hasrat perut masing-masing.
Ketika sedang mencari restoran yang sesuai, sedikit argument telah terjadi.
"Gue allergic seafood, ga bisa makan udang sama kepiting," ujar Enrique
"Aku pula ga makan lembu, kerana itu tuhan aku," balas Kajol
"Aku ga makan babi, babi itu kotor," kata si Joe yang telahpun menahan rasa lapar sejak tadi
Kesemua ahli kelompok terdiam dan meneruskan perjalanan mencari restoran yang tidak menjual seafood, lembu dan babi.
Akhirnya hasrat semua orang dipenuhi. Tiada seafood, lembu dan babi. Masing-masing memesan ayam, sayur kangkung, tahu dan tempe goreng. Perbualan di kedai makan agak perlahan kerana masing-masing khusyuk dengan makanan. Bak kata orang tua, tak elok bercakap ketika makan.
Setelah selesai upacara makan-makan dan memotong kek yang tak-berapa-nak-sedap, keadaan menjadi hangat kembali. Kali ini untuk memilih antara menonton wayang ataupun karaoke. Masing-masing dengan sebabnya yang tersendiri. Wayang adalah pilihan suara ramai, jadi bergeraklah sekumpulan anak muda ke tingkat 4 untuk melihat cerita apa yang sedang ditayangkan.
Joe berdoa agar janganlah cerita hantu menjadi pilihan kerana dia merupakan seorang yang penakut. Walaupun begitu, sesampainya di kaunter tiket, cerita hantulah yang menjadi pilihan. Bergetar kepala lutut Joe. Tetapi, nasib masih menyebelahinya, Mariam memberitahu bahawa dia tidak bisa pulang lewat. Disebabkan cerita bermula pada jam 3.45pm waktu indonesia barat, sudah tentu akan habis lewat dan Mariam pula tidak dibenarkan ibunya untuk balik melebihi jam 5.
Jadi kami beransur keluar dari panggung wayang dan menyusun langkah untuk ke pusat karaoke. Aku bukanlah seorang yang gemar berkaraoke. Suaraku lunak seperti buluh perindu dan aku jarang menunjuk-nunjuk kehebatanku kerana ditakuti hasrat untuk menjadi seorang doktor bertukar menjadi artis.
Tetapi siapa yang sangka, semedium-medium bilik karaoke bisa berubah menjadi discotique.
I took the mic and scream YOLO to them!!! YOLO!!!



































