Hidup di Jakarta tidak senang. Tambahan lagi living cost kat sini lebih tinggi dari Kuala Lumpur. Nak survive kat sini memang susah. Sebab tu orang local sini ada yang sampai tinggal kat bawah jambatan. Bayangkan betapa teruknya nak hidup kat Jakarta.
Sebagai pelajar aku pun turut mengalami masalah yang sama. Bukan aku seorang. Kawan-kawan yang lain pun sama. Walaupun JPA bagi elaun biasiswa RM1000 sebulan bersamaan dengan lebih kurang 3 juta rupiah, masih tidak mencukupi untuk kami. Ye la, nak bayar sewa rumah sekali dengan internet dan tv dah dekat-dekat nak sejuta. so tinggal lagi 2 juta secara kasarnya.
Duit yang lebih tu buat makan, tambang taxi, top up handphone dan keperluan yang lain. Nak dipendekkan cerita, tak dapat la nak enjoy guna duit biasiswa tu. JPA memang bagi cukup-cukup la nak study. Tapi kesian la kat kitorang ni, tak kan la asyik nak study kan. Kalau keluar pegi shopping complex pun x dapat nak beli apa. Window shopping je la.
Kalau hati memang nak shopping jugak, terpaksa la ikat perut tak makan. Sentuh bab makan pulak, kat sini memang senang nak cari makanan. Tapi susah nak cari makanan yang betul-betul bersih. Kalau beli makanan dari dorongan yang kat tepi jalan macam dalam cerita sinetron tu insyaallah boleh kena diarhea ataupun penyakit lain yang sewaktu dengannya.
kalau setakat pecel ayam, nasi goreng dorongan, ketoprak, soto ayam yang semua boleh dapat kat tepi jalan paling murah dapat dengan harga 8 ribu rupiah bersamaan dengan rm3 kurang lebih. tapi takkan la nak makan benda yang sama hari-hari. So pergi la ke kedai yang up sikit. macam kedai makan yang byk dekat malaysia tu. Harga pun secara automatiknya naik sedikit. Paling murah pun dalam 20 ribu rupiah bersamaan rm7 kurang lebih. Tapi bila kau dah lapar takkan nak makan sepinggan je kan. Lebih-lebih lagi kalau makanan sedap. Jadi tidak mustahil jumlah bayaran mencecah 60000 rupiah bersamaan kurang lebih rm20.
Yang tu baru belanja makan untuk breakfast/lunch/dinner. Belum lagi termasuk snack yang aku sering makan waktu malam-malam tengah study or tengok movie atas katil. Paling tinggi aku pernah belanja untuk snack lebih kurang 50 ribu rupiah kalau tak silap.
Untuk top up aku dapat jugak jimat pergi 100 000 rupiah sebulan. Sebab nak mesej budak-budak local and nak guna untuk call pun kurang. Kalau compare dengan first-first datang sini dekat nak sejuta rupiah aku spend untuk top up ke lebih? kurang lebih sejuta rupiah la. Sebab belum ada internet lagi kann. nak call family and buah hati kat malaysia pun susah. Nasib baik sekarang ada internet, so boleh la skype je :)
Untuk pengangkutan awam pulak depends la nak naik taxi or bus. Tapi kalau ikut taxi murah je sebenarnya. Yang buat mahal adalah jalan jam. Sekali trip boleh cecah sampai 50 ribu rupiah. Tu kalau pergi Jakarta Pusat. Depends jugak nak pergi mana. Kalau jumpa pemandu yang baik hati untung la. Kalau jumpa pemandu yang macam haram habisla dia cekik darah.
Sebenarnya spend untuk makanan adalah lebih tinggi daripada jumlah nak kena bayar untuk benda-benda lain. Kita tengok hasil kira-kira kat bawah ni. Anggaran perbelanjaan aku kat kotaraya Jakarta :
Sewa Rumah : 650,000
Internet, TV, isi rumah : 61,000
Dental appoinment : 150,000
Top up : minimum 100,000
Makan : minimum 930,000
Snack : minimum 200,000
Tambang Taxi/bas : minimum 100,000
TOTAL : 2,191,000
Saving : 2,866,131-2,191,000 = 675,131
So secara kasarnya aku hanya dapat saving sebanyak 675,131 rupiah (RM235). Itupun ikut kiraan yang dah seminimal mungkin. Dah la universiti swasta, banyak mintak bayaran itu-ini. Belum termasuk bayaran yang muncul tiba-tiba mcm pop up windows. Juga belum termasuk bayaran kecemasan. Ye la, mana tau jatuh sakit, nak pegi klinik, beli ubat pun perlu duit jugak. Macam bulan ni, charger laptop aku rosak, terpaksa la keluarkan duit sebanyak 800 ribu rupiah. sekarang, dah nak nazak account bank aku.
Lebih menyedihkan bagi student yang stay kat Sabah or Sarawak. Nak fikir pasal duit flight. Jakarta-Kuala Lumpur-Sibu. Route tu aku akan ambik kalau nak balik cuti semester nanti. Tiket kapal terbang bukannya murah. So mesti consider untuk benda tu jugak. Dah la universiti aku keluarkan jadual blok last minute, tak dapat nak book tiket awal-awal untuk dapat harga murah. Nak tak nak terpaksa beli tiket dengan harga yang mahal.
Susah sebenarnya nak kira bajet ni. Sebab akan ada banyak benda yang tak penting or tak disangka sibuk-sibuk masuk dalam list perbelanjaan. Lebih-lebih lagi hidup kat negara orang ni and elaun memang tak cukup. Jadi, kepada JPA, tolonglah naikkan elaun kami, pelajar dekat Jakarta ni. Dah la stay kat bandar besar, elaun tak cukup, macam mana nak hidup senang? macam mana nak jadi gemuk? kalau compare dekat tempat lain yang elaun diorang lebih tinggi tapi cost of living rendah. Macam mana boleh jadi macam tu? bukan ke pembaziran namanya? Bagi kat kami di sini yang memerlukan lagi elok.
Susah sebenarnya nak jadi student kat luar negara. Kalau tak cukup duit nak mintak kat parents malu la pulak. Parents pun bukan orang senang. And diorang pun perlukan duit untuk diorang kat Malaysia jugak. Harap-harap la pihak JPA baca post aku ni. mana tau diorang bermurah hati nak naikkan elaun lepas baca post ni :)
*Belajar kat dalam negara sudah. Takyah pegi jauh-jauh. Sekarang semua benda nak guna duit. kalau dalam negara, dapat jimat



















