Tuesday, June 21, 2011

Malaysia milik kita semua :)

Ni nak cerita pasal BTN. Selalu jugak dengar orang asyik sebut BTN ni, tp xda idea pasal apa kn. and last time ingat lagi org buat kontroversi pasal BTN. but now. bila dah melalui BTN ni sendiri baru la kita tau mcm mana pengalaman BTN ni. Boring ada, best pun ada. pendek kata mcm2 la pasal BTN ni. so sapa2 yang google pasal BTN and tersangkut kat post ni rajin2 la scroll ke bawah and baca. mana la tau dpt sikit banyak bantu korang.

Kitorang pelajar dari tajaan JPA kat KTT-program 1 year ke czech and poland semua diwajibkan untuk lapor diri dekat Kem Bina Negara Kuarters Klia, Nilai. x jauh pun dari kolej. 10 minit dah sampai. nak tido pun tak sempat. so, kita semua melapor diri pada jam lebih kurang 2 petang pada 13 Jun 2011. Kem BTN ni kitorang join venture sekali dengan student persediaan INTEC ke france. tapi jumlah diorang sikit lagi dari student KTT. oh ya. sebelum BTN kitorang ada graduation dinner. tapi yang tu nanti2 la cerita ye.

Pintu depan Kem BTN
Yang ni pondok pengawal 1Malaysia

Ni la borang maklumat peribadi BTN

KTT hantar 2 buah bas yang memuatkan kira2 errr. hampir 50 lebih student kot. haha. buat malu kolej je x tau jumlah student kn. lol. student dari KTT yang dulu smpai and terbukti kitorang sungguh berdisiplin. padahal kolej dekat sebabtu smpai pun sekejap. -.-'' adegan2 yang ingin kita lihat bila student KTT macam nak register masuk asrama balik



Ni katil aku. Satu bilik 3 orang sekali dengan bilik mandi. amacam?selesa baii.

Aku akan cerita pasal kem ni ikut kronologi. so maaf la ye kalau post ni panjang sangat.

First Day
Datang pun petang kan. kiranya hari pertama ni setengah hari je la. aktiviti first semestinya minum petang. terkejut jugak tengok kuih untuk sorang satu je. haha. tapi still ok la. mengenyangkan. kitorang belum lagi dipisahkan ikut kumpulan so kitorang masih lagi duduk berpuak-puak. KTT sesama KTT and INTEC sesama INTEC. Makan malam pulak pukul 6.30 mcm tu. kat kem ni memang nak menggemukkan kitorang kot cz makan 6 kali sehari. hahaha. sebelah malamnya ada ceramah. ceramah pembukaan tentang 1Malaysia. penceramah best, lawak and pandai berkomunikasi. xdehal la korang xkan tdo. tp memang pihak urusetia ambik penceramah yang sesuai dengan umur kita. Lepas tu every activity kitorang nyanyi lagu 1Malaysia. ye la. untuk memupuk perpaduan kaum. no harm kan?


Second Day
Haa. hari ni the whole day ceramah. start dari pagi smpai petang. bla bla bla bla ceramah pasal rakyat, kedaulatan and perlembagaan.

Semangat kenegaraan perlu ada dalam diri kita.

hmm. tersedar jugak la aku ni sebab before this x ambil berat sangat pun pasal benda2 ni. ingatkan benda ni semua remeh kan tapi sebenarnya beratttttt nak mampus. sebelah malam pulak start LDK (latihan dalam kumpulan) yang pertama. start dari situ la baru kenal budak-budak INTEC bila dah dipecahkan dalam kumpulan. tpi dlm kumpulan aku 3 org je budak INTEC. yang lagi 5 semua budak KTT. haha.

Third Day
Hari yang menarik sebab semua aktiviti dijalankan ikut pecahan kumpulan masing2. tapi pagi2 lagi kitorang ada ujian kecergasan. berlari 2km dibawah 18 minit. penah oiii. aku dpt catat 9.13 minit je. haha. pagi tu untuk LDK buat dlm kumpulan sendiri. aku punya kumpulan Perajurit Tanah Air sebab malam terakhir kitorang perlu menyanyikan lagu Perajurit Tanah Air ikut gaya sendiri. hahahaha. waktu siang ada 3 LDK dari pagi smpai petang and belah malamnya kitorang gumpul ramai2 kat dewan. LDK hari ni buatkan aku kenal siapa diri aku and betapa pentingnya pengalaman hidup. so sementara ada masa ni gumpul la penglaman hidup sebanyak mungkin kerana pengalaman tu kira macam umur kita. kita tak mampu hidup beratus-ratus tahun lamanya. tetapi kita boleh hidup beratus tahun dengan pengalaman yang kita ada. faham x? haha belah petang ada kembara. so terpaksa la tempuh segala mcm semak sampun rumput and mcm2 lagi benda dlm hutan.

tempat mcm ni la kitorang kena kembara

Fourth Day
Hari ni penat sikit sebab ada explorace. LDK aku digabungkan dengan kumpulan 1. tugas kitorang perlu pergi ke stesyen maklumat. ada 5 kesemuanya and kat situ kita kumpul la macam2 maklumat pasal perlembagaan. start explorace pukul 8.30 pagi and tamaat jam 2 petang. cuba bayangkan. fizikal x berapa nak sakit. tapi mental penat worr. haha. belah petang ada kuiz sikit pasal apa yang kita dpt dari explorace tu. first time aku join explorace bukan pasal aktiviti lasak tapi pasal mental torture. yelah kena tahu banyak maklumat pasal perlembagaan. bukan nya sikit tu. and malam klimaks. malam keempat. seperti aku katakan tadi pasal persembahan tu. overall kitorang memang have fun and enjoy habis. semua kumpulan dah buat yang terbaik and memang kreatif laa. walaupun x prepare sangat kumpulan aku dpt tmpat kedua. wohooo. tp menang kalah pun xde makna sebab bukan pertandingan pun.
after persembahan semua fasilitator start main psycho. ada je benda x kena. and itu merupakan aktiviti sebenar yang conclude kesemua aktiviti dalam 4 hari tu. setiap kumpulan (ada 10 semuanya) diberikan sampul yang berisi cebisan kain dan kertas. kami dikehendaki buat lambang negara melaluinya. tapi sebenarnya diorang nak kami bergabung dengan kump lain untuk buat bendera malaysia. susah nk buat sebab dlm proses nk buat tu ada fasi yang tarik peserta keluar dewan. mcm2 cabaran nak ditempuh. aktiviti tersebut adalah simulasi kecil bagi membentuk negara malaysia di mana semua orang harus bersatu padu.

Selingan, nampak mcm bentuk popeye kan


selepas aktiviti tersebut, lagu warisan dendangan allahyarham sudirman dimainkan and x tau kenapa malam tu aku tersentuh. sebelum ni lagu tu dimainkan waktu PLKN dulu aku mcm xda perasaan. maybe aku dah kena racun kot. hahaha. lepas tu slide pejuang2 tanah air pula dimainkan. memang touching habis. haha. hari tu kita tdo pukul 2 and ada yang tdo pukul 3 sebab asyik bersembang. ye la. hari last kan.

Last Day
pagi2 lagi dah kecoh. aku bangun lewat sebab tdo lambat semalam. pagi ni kitorang pulangkan segala kelengkapan cadar, selimut and etc. then breakfast lepas tu ada ujian. ujian dia ok la. x susah x senang. kalau dengar ceramah and take part dlm LDK insyaallah boleh lulus. aku buat ujian 30 minit je. x susah mana pun kot. haha. lepas tu kitorang bebas dah. handphone dibagi balik and terus minum pagi. then bas jemput kitorang pukul 12 wktu kitorang tengah makan tengah hari. pfffttt.

suasana kem


konklusinya, kem ni banyak buat aku n kawan2 sedar pasal pentingnya perpaduan dalam negara. sekarang byk ancaman dari luar n dalam negara untuk kucar kacir kan malaysia ni. and hasutan2 halus pun banyak dah sekarang. so kita perlu tambahkan ilmu kita agak kita dpt nilai yang mana baik and buruk. jangan kita suarakan apa yang terbuku dlm hati kita tanpa berfikir. jangan jadi bodoh sombong. sesungguhnya ilmu tu penting. bagi sapa2 kat luar tu yang nk blame mana2 pihak fikir la dulu. ikut fakta and rasional.

To build a nation, first build the school.

setiap pengorbanan nenek moyang kita adalah untuk apa yang kita nikmati sekarang. jika kita terus bertelagah mcm mana nasib anak cucu kita nanti? terbelakah mereka? fikir fikirkan lahh.
jangan anggap BTN ni pasal politik. Kedaulatan negara sangat penting dan jangan biarkan ia tergadai. KITALAH PENYAMBUNG WARISAN. kalau bukan kita siapa lagi???



Last night in Sepang

currently at KLIA. waiting for morning flight to sibu. my last night here in sepang. will be missing KTT and its environment so much. i think there will be more post coming up today. stay tune :)