Monday, February 25, 2013

Ulang tahun

Selamat ulang tahun seminggu si nota 2.  Eh, kalau baru seminggu nak panggil ulang tahun ke ulang minggu? lantaklah nak panggil apa. Yang penting, si nota 2 sudah berada dalam dakapan ku selama 7 hari.

Aku tidak pernah bermimpi untuk memiliki si nota 2. Memang aku ada merancang untuk menukar telefon genggam yang lama kepada yang baru semasa cuti ini. Tetapi tidak pernah terlintas pula di fikiran untuk memiliki nota 2.  Mungkin disebabkan rasa cinta dan sayang kepada kekasih hati mebuatkan aku memilih nota 2 daripada telefon pintar yang lain. Maklumla, telefon sepasang, baru la couple phone  namanya.

Hasil duit simpanan sejak bangku sekolah lagi, ditambah juga dengan wang pemberian kerajaan (Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BRIM) alhamdulillah aku mampu memiliki si nota 2.

Setelah melakukan beberapa survey di kedai telefon sekitar bandar Sibu, aku mendapati harganya hampir sama dan rata-rata kedai tidak mahu tawar-menawar.  Jadi akhirnya aku berseteju untuk membelinya dengan harga sekian-sekian.  Dan sudah pasti aku ada bertanyakan sekiranya ada sebarang free gift dengan pembelian telefon tersebut. Tidak Malaysian la kalau beli barang mahal-mahal kalau tak mintak free gift.

Usai membeli telefon pintar, aku terus pulang ke rumah dengan senyuman lebar terukir di pipi.  Pada sebelah malamnya, aku tidur sebantal, setilam bersama telefon baru.  Sungguh indah malam pertama bersama telefon baru kesayangan aku.

Beberapa hari pertama aku menggunakan si nota 2 tersebut, amat kekok sekali rasanya.  Aku yang sudah terbiasa menggunakan hp berjenama nokia masih terkejut beruk melihat screen telefon yang terlalu besar.

Aku berharap agar aku dapat menggunakan telefon pintar ini sebaik mungkin.

Sekarang aku nak cari apps yang dapat suruh aku lulus exam dengan senang.

Thursday, February 7, 2013

Cita-cita

Selamat pagi dan salam sejahtera

Aku masih ingat, dulu waktu kat sekolah rendah, cikgu bagi kad yang berbentuk buku dan suruh murid-murid isi nama, tarikh lahir, alamat, no telefon, cita-cita, hobi dan pendek kata semua yang berkaitan dengan diri seorang pelajar. Sampai hari ni aku tak tahu apa motif buku tersebut.  Mungkin untuk tujuan pendataan dan kemudian dibandingkan dalam jangka masa 20 tahun yang akan datang kot.  Nak tengok betul tak student tu dapat capai cita-cita seperti yang ditulis dalam buku tersebut.

Yang peliknya, buku itu diisi setiap tahun, dari darjah 1 sampai la darjah 6.  Kalau ada darjah 10 mungkin sampai darjah 10 jugak.  Maka selama 6 tahun berturut-turutlah aku mengisi kad tersebut dengan cita-cita yang berlainan.  Bukan satu cita-cita yang perlu disenaraikan, tetapi tiga sekaligus.  Pernah nak jadi bomba lah, polis lah, tentera lah, jurutera lah, model lah, pramugara lah, arkitek lah, driver F1 lah, perompak lah *ehh!! dan macam macam lagi.

Tapi sekarang, aku ambik course yang langsung takda kena mengena dengan mana-mana pekerjaan yang disenaraikan sebentar tadi.  Nak jadi doktor tak ada dalam senarai pun.  Sampai sekarang aku masih musykil dan tertanya-tanya kenapa la aku sekarang dalam medschool. 

Nampak sangat buku tersebut seperti untuk menipu diri sendiri walaupun mungkin kewujudan buku tersebut adalah untuk cikgu/ibu bapa keep their children on the right track agar cita-cita mereka sejak kecil kesampaian.  Kan nampak macam usaha murni pihak kementerian pelajaran kannn.

Jadi kawan-kawan, apa yang aku boleh simpulkan kat sini adalah, tak semua yang kita rancang itu akan terjadi, kita hanya mampu merancang, Tuhanlah yang menentukan.

*****************************************************************************************

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal buku tersebut, anggap saja bebelan sebentar tadi merupakan muqadimah penulisan saya kali ini.

Semalam, aku sempat merasa bagaimana menjadi seorang tentera/polis yang bersenjata dan juga seorang pemandu kereta lumba vrooommm.  Ya, ini bukan lah rekaan ataupun cerita dongeng, aku benar-benar telah mengalami pengalaman menjadi seorang tentera dan pemandu kereta lumba.

Pertama sekali, aku menjadi pemandu kereta lumba tanpa disengajakan, ketika aku sedang berjalan-jalan di pusat beli belah terkemuka yang letaknya hanya 2km dari rumah aku, aku melihat sebuah mesin yang disertai dengan tempat duduk seperti kereta lumba, lengkap dengan kotak gear, pedal minyak dan break.

Tanpa berfikir panjang, aku pun duduk di kerusi tersebut.  Dalam sekelip mata sahaja, keadaan berubah menjadi gelap gelita sebelum terang kembali sesaat selepas itu.  Setelah keadaan menjadi sepertia biasa, aku mendapati aku tidak lagi berada di pusat beli belah tersebut, sebaliknya aku berada di Litar Antarabangsa Sepang dan berada di tempat duduk kereta F1.

Menyedari akan hal tersebut, aku tidak teragak-agak untuk melihat kiri dan kanan. Ternyata di sebelah kiri aku adalah Michael Schumacher dan di sebelah kanan pula, Fernando Alonso.  Aku amat teruja berada di atas liter bersama-sama mereka.  Sebaik sahaja lampu hijau dinyalakan, aku terus menekan pedal minyak sekuatnya dan memecut laju. Ya aku berjaya meninggalkan kedua-dua pelumba ternama tersebut jauh di belakang.  Adegan potong-memotong turut terjadi, tetapi disebabkan kecekapan aku mengendalikan kereta, aku berjaya mendahului pelumba-pelumba lain.

Akhirnya, aku berjaya memenangi pelumbaan yang sengit tersebut.  Kemudian, aku keluar daripada kotak mesin tersebut, aku melihat terdapat pistol di hadapan aku.  Aku pun mengambil pistol tersebut dan sebaik sahaja aku mencapai pistol, keadaan mula berubah.  Guruh berdentum-dentam, kilat sabung-menyabung, angin bertiup kencang, sekarang aku berada di sebuah pulau yang tidak diketahui namanya.

Di pulau tersebut, aku ditugaskan bersama-sama dengan seorang kawan undecover untuk menyiasat misi penyeludupan minyak masak.  Kami berusaha untuk menyusup ke bahagian dalam pulau tanpa diketahui musuh.  Tapi sayangnya, musuh telah menghidu pergerakan kami, dan kami telah diserang.  Maka, berlakulah adegan tembak menembak di situ. Kami saling membalas tembakan dan aku berjaya membunuh ramai musuh.  Tetapi malangnya, teman sejawat aku telah tumpas ditangan musuh.  Melihat keadaan tersebut, aku sedaya upaya membalas dendam untut menuntut kematiannya.  Bagi aku, biarlah hutang darah, dibalas darah.

Berbekalkan semangat yang kental, aku berjaya menumpaskan sindiket tersebut walaupun seorang diri.  Alhamdulillah.  Selesai sahaja misi tersebut, langit kembali cerah dan keadaan menjadi seperti biasa.

Aku yang kepenatan mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah.  Pengalaman menjadi seorang pemandu kereta lumba F1 dan seorang perisik amatlah berharga bagiku.  Walaupun cita-cita menjadi pelumba dan polis tidak kesampaian, cukuplah sekadar bermain di arcade.  Ya, ARCADE!! mungkin itulah tujuan adanya arcade ataupun tempat yang sewaktu dengannya selain menghisap duit pelanggan melalui penjualan token yang dulunya RM1 dapat 2 token, sekarang RM1 hanya 1 token.

Namun sekarang, dunia semakin kehadapan dan semakin maju, buat siapa-siapa yang nak dedahkan anak-anak mereka kepada kerjaya yang profesional yang menjanjikan gaji yang lumayan kelak, bolehlah pergi ke KidZania (klik link untuk ke website KidZania) untuk pendedahan awal.

Terima kasih kawan-kawan :)
Kredit kepada Ashley
*I love you si pengambil gambar :)

Monday, February 4, 2013

Antara FIFA, Frenchman dan gadis korea

Lokasi : Restoran makanan segera
Masa : sekitar jam 0130

Semuanya terjadi berturutan ketika aku sedang mengisi masa terluang menanti flight pertama ke Sibu dari KL.

Setelah menghabiskan kentang goreng, aku mengambil keputusan untuk bermain game.  Rasa kecewa masih menebal disebabkan line internet yang lambat mcm siput atau mungkin lebih lambat membuatkan hasrat untuk skype bersama orang tersayang terpaksa dilupakan.  Disebabkan external hard disk tertinggal di kotaraya Jakarta, terpaksalah aku mencari perkara lain untuk dilakukan.  Jadi aku mengambil keputusan untuk bermain game FIFA yang telah sedia ada terinstall di laptop.

Disebabkan pelanggan tidak ramai, suasana hening mengisi ruang restoran makanan segera tersebut.  Masing-masing dengan fi'il tersendiri.  Antaranya, ada yang tidur berkatilkan kerusi, menonton rancangan korea, bergossip dan bermain dam haji.  Melihat akan keadaan tersebut, aku tidak teragak-agak untuk merestart laptop aku untuk ditukarkan kepada OS windows agar dapat digunakan untuk bermain game.

Melihat kepada folder game, kali terakhir aku bermain adalah pada Disember lepas.  Dan baru sekarang aku mempunyai masa untuk menyambung kembali permainan yang belum selesai.  Lihatlah betapa sibuknya dunia seorang budak medik.

Sedang aku bermain sebagai pasukan kegemaran Manchester United menentang noisy neighbour yang x berapa nak hebat, aku disapa oleh seorang mamat botak.  Aku yang tersentak, lantas menghentikan permainan dan menjawab sapaannya.

"Hello, can I sit with you at this table?" dia bertanya.

"Oh hello. Yeah, sure," aku menjawab singkat

"Actually can we share the electricity?" tanyanya sambil telunjuk mengarah ke soket

"Of course, do you have the adapter?" 

"Here." jawabnya seraya menghulurkan adapter untuk dipasang pada soket

Soket tersebut telah menjadi medium persahabatan antara kami berdua.

"Where are you from?" Dia bertanya sebelum sempat duduk setelah memasang soket

"I'm from Malaysia, waiting my flight to Sibu, Sarawak. And you?" balas aku

"I'm from France but living in China, I'm going to Bali" 

Aku hanya mengangguk tanda faham.  Keadaan yang janggal telah terjadi apabila dua orang asing duduk di meja yang sama.  Tetapi masing-masing cuba untuk menjadi sefriendly mungkin.

Maka banyaklah pertanyaan diajukan oleh kedua belah pihak.  Daripada hal keluarga, pekerjaan, pelajaran, hobi dan pengalaman telah dikongsikan bersama.  Sehinggakan mamat perancis tersebut yang sebelumnya duduk berhadapan dengan aku, telah bertukar tempat duduk di sebelah aku untuk melihat kehebatan aku bermain game bola sepak.

Aku sempat bertanya tentang keluarganya, dia mempunya 3 orang anak. Seorang laki-laki dan 2 perempuan.  Anaknya yang pertama berada di medschool tahun pertama manaklah anak yang kedua dan bongsu masih kecil.  Dia tidak segan menyatakan bahawa dia sudah bercerai.  Aku terdiam seketika apabila dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai.  Memang benarlah dikatakan orang bahawa mat saleh memang lebih terbuka daripada orang timur.

Dia pula sempat bertanyakan aku adakah aku sudah mempunyai kekasih hati.

"Do you have girlfriend?" 

"Yes, I do have one"

"How many years you have been together?"

"Two years"

"Wow, you're getting serious"

"I've met her parents"

"That are really serious"

Lebih kurang begitulah dialog kami berdua.

Sedang kami melepak, seorang gadis korea sedang bertelefon.  Aku yang telah lama memerhatikannya menyangka dia adalah seorang chinese.  Tetapi jangkaanku meleset.  Setelah mendengar beberapa patah perkataan keluar dari mulutnya, barulah aku tahu dia adalah korean.  Andwe, chincha, aigoo, oppa, dé adalah antar perkataan yang dapat aku tangkap dan faham maksudnya.  Yang lain, haram aku nak faham. *Terima kasih kepada rancangan korea no 1 yang diminati ramai iaitu Running Man kerana berjaya mengajarku beberapa perkataan korea*

Seperti gadis-gadis kpop, gadis tersebut juga berkulit putih, bermata besar, hidung mancung dan lain lain yang aku sendiri ragu-ragu apakah itu kecantikan semulajadi ataupun kecantikan plastik semata. Gadis korea tersebut asyik bertelefon dan kadang-kadang berskype mungkin.  Tingkah lakunya sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku dan mamat perancis botak.

Setelah hampir 2 jam duduk semeja, mamat perancis itu minta untuk mengundurkan diri.  Sebagai buah tangan, dia memberikanku sehelai wang kertas cina dan sekeping syiling negara cina.  Manakala aku hanya memberikannya senyuman yang paling manis dan "nice to meet you".  Dia pula membalas "goodluck with your study, and you're winning your game so I can't wish you goodluck on that"  

Untung aku berjumpa dengan orang yang peramah sepertinya.

Namanya Fabrice

Seronok sebenarnya dapat bermalam di airport atau tempat awam lain, dapat tengok macam-macam karenah manusia

Sunday, February 3, 2013

Malaysia aku datang

Tepat jam 2305, burung besi selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur LCC Terminal.  Sebagai rakyat marhaen, aku hanya mampu menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah walaupun realitinya tak seperti yang diuar-uarkan.

Ini kali pertama aku menaiki pesawat dengan dompet kosong, sekosong flight dari Jakarta ke KL.  Takla kosong pun sebenarnya, hanya ada 12 ribu rupiah tersisa setelah wang digunakan untuk membeli 2 gelas kopi mahal.  Semasa berasa di dalam pesawat, aku terpaksa menahan godaan bau makanan kiri dan kanan.  Disebabkan rasa lapar, maggie cup nampak cukup menyelerakan.  Hasrat ingin membeli, tapi apakan daya duit takdak.

Setelah touchdown, aku bergegas keluar dari pesawat dan melajukan langkah ke terminal.  Aku kurang gemar nak beratur panjang dekat kaunter imigrasi.  Terima kasih kepada jabatan imigrasi Malaysia kerana menyediakan kauner elektronik untuk penumpang.  Dengan hanya meletakkan passport ke dalam tempat disediakan dan scan cap jari, kurang dari 1 minit aku telahpun melepasi kaunter imigrasi.

Aku teringat di dalam pouch kecil tempat aku menyimpan kad-kad atm malaysia dan IC ada terselit wang kertas ringgit malaysia berjumlah RM9.  Aku pun menuju ke booth digi dengan hasrat nak tambah nilai pulsa.  Sayangnya jumlah minima adalah RM10.  Bukan dulu RM5 pun boleh top up ke?

Cabaran setelah sampai di tanah air belum terhenti, aku diuji pula dengan machine atm yang rosak, nasib baik lah aku kerja pizza hut dulu ada buat akaun maybank, nak tak nak terpaksa guna akaun maybank.

Perut lapar, aku terus menuju ke restoran makanan segera yang terkenal seantero dunia untuk mengisi perut.  Dan aku masih di sini semasa post ini ditulis.

Aku mati kutu nak fikir apa aku nak buat sampai flight aku jam 8 pagi nanti.  External HDD aku tertinggal di Jakarta. Damn!!

Friday, February 1, 2013

February


"This life is a precious gift. So don't get too crazy, It's not worth the risk."
*YOLO-The Lonely Island Feat Adam levine n Kendrick Lamar*

Akhirnya blok 13 tamat dengan rasminya setelah peperiksaan ulang pagi tadi.  Walaupun aku telah lulus dengan cemerlang untuk blok ini, aku mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan ulang.  

"Daripada tidak berbuat apa di rumah, mending gue ngambil herr."

Demikianlah bisikan yang aku lemparkan terhadap diri sendiri.  Siapa tahu, aku akan mendapat A* setelah ujian ulang.  Disebabkan aku seorang star di campus, aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghitamkan 100 kotak diatas lembar jawapan.  Tidak sia-sia aku mengambil ujian ulang, soalannya mirip seperti soalan inte 1 dan inte 2 lepas.  Maka peluang untuk mendapat A* semakin cerah.

Selepas peperiksaan ulang tersebut, kelompok PBL aku beramai-ramai ke pusat beli-belah terdekat untuk meraikan tamatnya semester 3 sekaligus meraikan hari jadi teman sekelompok.  Mini outing  tersebut nampak bosan pada mulanya kerana aku adalah seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan orang ramai.

Walaupun telah hampir setengah tahun bersama mereka, aku masih berasa kekok apabila berada dalam kelompok tersebut.  Aku adalah yang terawal sampai, nah, aku mampu membuktikan bahawa janji melayu itu adalah dusta semata.  Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka tiba dan dalam jangka waktu 20 minit kami beramai-ramai telah bergerak untuk memenuhi hasrat perut masing-masing.

Ketika sedang mencari restoran yang sesuai, sedikit argument telah terjadi.

"Gue allergic seafood, ga bisa makan udang sama kepiting," ujar Enrique

"Aku pula ga makan lembu, kerana itu tuhan aku," balas Kajol

"Aku ga makan babi, babi itu kotor," kata si Joe yang telahpun menahan rasa lapar sejak tadi

Kesemua ahli kelompok terdiam dan meneruskan perjalanan mencari restoran yang tidak menjual seafood, lembu dan babi.

Akhirnya hasrat semua orang dipenuhi.  Tiada seafood, lembu dan babi.  Masing-masing memesan ayam, sayur kangkung, tahu dan tempe goreng.  Perbualan di kedai makan agak perlahan kerana masing-masing khusyuk dengan makanan.  Bak kata orang tua, tak elok bercakap ketika makan.

Setelah selesai upacara makan-makan dan memotong kek yang tak-berapa-nak-sedap, keadaan menjadi hangat kembali.  Kali ini untuk memilih antara menonton wayang ataupun karaoke.  Masing-masing dengan sebabnya yang tersendiri.  Wayang adalah pilihan suara ramai, jadi bergeraklah sekumpulan anak muda ke tingkat 4 untuk melihat cerita apa yang sedang ditayangkan.

Joe berdoa agar janganlah cerita hantu menjadi pilihan kerana dia merupakan seorang yang penakut.  Walaupun begitu, sesampainya di kaunter tiket, cerita hantulah yang menjadi pilihan.  Bergetar kepala lutut Joe.  Tetapi, nasib masih menyebelahinya, Mariam memberitahu bahawa dia tidak bisa pulang lewat.  Disebabkan cerita bermula pada jam 3.45pm waktu indonesia barat, sudah tentu akan habis lewat dan Mariam pula tidak dibenarkan ibunya untuk balik melebihi jam 5.

Jadi kami beransur keluar dari panggung wayang dan menyusun langkah untuk ke pusat karaoke.  Aku bukanlah seorang yang gemar berkaraoke.  Suaraku lunak seperti buluh perindu dan aku jarang menunjuk-nunjuk kehebatanku kerana ditakuti hasrat untuk menjadi seorang doktor bertukar menjadi artis.

Tetapi siapa yang sangka, semedium-medium bilik karaoke bisa berubah menjadi discotique.

I took the mic and scream YOLO to them!!! YOLO!!!