Tepat jam 2305, burung besi selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur LCC Terminal. Sebagai rakyat marhaen, aku hanya mampu menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah walaupun realitinya tak seperti yang diuar-uarkan.
Ini kali pertama aku menaiki pesawat dengan dompet kosong, sekosong flight dari Jakarta ke KL. Takla kosong pun sebenarnya, hanya ada 12 ribu rupiah tersisa setelah wang digunakan untuk membeli 2 gelas kopi mahal. Semasa berasa di dalam pesawat, aku terpaksa menahan godaan bau makanan kiri dan kanan. Disebabkan rasa lapar, maggie cup nampak cukup menyelerakan. Hasrat ingin membeli, tapi apakan daya duit takdak.
Setelah touchdown, aku bergegas keluar dari pesawat dan melajukan langkah ke terminal. Aku kurang gemar nak beratur panjang dekat kaunter imigrasi. Terima kasih kepada jabatan imigrasi Malaysia kerana menyediakan kauner elektronik untuk penumpang. Dengan hanya meletakkan passport ke dalam tempat disediakan dan scan cap jari, kurang dari 1 minit aku telahpun melepasi kaunter imigrasi.
Aku teringat di dalam pouch kecil tempat aku menyimpan kad-kad atm malaysia dan IC ada terselit wang kertas ringgit malaysia berjumlah RM9. Aku pun menuju ke booth digi dengan hasrat nak tambah nilai pulsa. Sayangnya jumlah minima adalah RM10. Bukan dulu RM5 pun boleh top up ke?
Cabaran setelah sampai di tanah air belum terhenti, aku diuji pula dengan machine atm yang rosak, nasib baik lah aku kerja pizza hut dulu ada buat akaun maybank, nak tak nak terpaksa guna akaun maybank.
Perut lapar, aku terus menuju ke restoran makanan segera yang terkenal seantero dunia untuk mengisi perut. Dan aku masih di sini semasa post ini ditulis.
Aku mati kutu nak fikir apa aku nak buat sampai flight aku jam 8 pagi nanti. External HDD aku tertinggal di Jakarta. Damn!!
No comments:
Post a Comment