Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Antara FIFA, Frenchman dan gadis korea

Lokasi : Restoran makanan segera
Masa : sekitar jam 0130

Semuanya terjadi berturutan ketika aku sedang mengisi masa terluang menanti flight pertama ke Sibu dari KL.

Setelah menghabiskan kentang goreng, aku mengambil keputusan untuk bermain game.  Rasa kecewa masih menebal disebabkan line internet yang lambat mcm siput atau mungkin lebih lambat membuatkan hasrat untuk skype bersama orang tersayang terpaksa dilupakan.  Disebabkan external hard disk tertinggal di kotaraya Jakarta, terpaksalah aku mencari perkara lain untuk dilakukan.  Jadi aku mengambil keputusan untuk bermain game FIFA yang telah sedia ada terinstall di laptop.

Disebabkan pelanggan tidak ramai, suasana hening mengisi ruang restoran makanan segera tersebut.  Masing-masing dengan fi'il tersendiri.  Antaranya, ada yang tidur berkatilkan kerusi, menonton rancangan korea, bergossip dan bermain dam haji.  Melihat akan keadaan tersebut, aku tidak teragak-agak untuk merestart laptop aku untuk ditukarkan kepada OS windows agar dapat digunakan untuk bermain game.

Melihat kepada folder game, kali terakhir aku bermain adalah pada Disember lepas.  Dan baru sekarang aku mempunyai masa untuk menyambung kembali permainan yang belum selesai.  Lihatlah betapa sibuknya dunia seorang budak medik.

Sedang aku bermain sebagai pasukan kegemaran Manchester United menentang noisy neighbour yang x berapa nak hebat, aku disapa oleh seorang mamat botak.  Aku yang tersentak, lantas menghentikan permainan dan menjawab sapaannya.

"Hello, can I sit with you at this table?" dia bertanya.

"Oh hello. Yeah, sure," aku menjawab singkat

"Actually can we share the electricity?" tanyanya sambil telunjuk mengarah ke soket

"Of course, do you have the adapter?" 

"Here." jawabnya seraya menghulurkan adapter untuk dipasang pada soket

Soket tersebut telah menjadi medium persahabatan antara kami berdua.

"Where are you from?" Dia bertanya sebelum sempat duduk setelah memasang soket

"I'm from Malaysia, waiting my flight to Sibu, Sarawak. And you?" balas aku

"I'm from France but living in China, I'm going to Bali" 

Aku hanya mengangguk tanda faham.  Keadaan yang janggal telah terjadi apabila dua orang asing duduk di meja yang sama.  Tetapi masing-masing cuba untuk menjadi sefriendly mungkin.

Maka banyaklah pertanyaan diajukan oleh kedua belah pihak.  Daripada hal keluarga, pekerjaan, pelajaran, hobi dan pengalaman telah dikongsikan bersama.  Sehinggakan mamat perancis tersebut yang sebelumnya duduk berhadapan dengan aku, telah bertukar tempat duduk di sebelah aku untuk melihat kehebatan aku bermain game bola sepak.

Aku sempat bertanya tentang keluarganya, dia mempunya 3 orang anak. Seorang laki-laki dan 2 perempuan.  Anaknya yang pertama berada di medschool tahun pertama manaklah anak yang kedua dan bongsu masih kecil.  Dia tidak segan menyatakan bahawa dia sudah bercerai.  Aku terdiam seketika apabila dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai.  Memang benarlah dikatakan orang bahawa mat saleh memang lebih terbuka daripada orang timur.

Dia pula sempat bertanyakan aku adakah aku sudah mempunyai kekasih hati.

"Do you have girlfriend?" 

"Yes, I do have one"

"How many years you have been together?"

"Two years"

"Wow, you're getting serious"

"I've met her parents"

"That are really serious"

Lebih kurang begitulah dialog kami berdua.

Sedang kami melepak, seorang gadis korea sedang bertelefon.  Aku yang telah lama memerhatikannya menyangka dia adalah seorang chinese.  Tetapi jangkaanku meleset.  Setelah mendengar beberapa patah perkataan keluar dari mulutnya, barulah aku tahu dia adalah korean.  Andwe, chincha, aigoo, oppa, dé adalah antar perkataan yang dapat aku tangkap dan faham maksudnya.  Yang lain, haram aku nak faham. *Terima kasih kepada rancangan korea no 1 yang diminati ramai iaitu Running Man kerana berjaya mengajarku beberapa perkataan korea*

Seperti gadis-gadis kpop, gadis tersebut juga berkulit putih, bermata besar, hidung mancung dan lain lain yang aku sendiri ragu-ragu apakah itu kecantikan semulajadi ataupun kecantikan plastik semata. Gadis korea tersebut asyik bertelefon dan kadang-kadang berskype mungkin.  Tingkah lakunya sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku dan mamat perancis botak.

Setelah hampir 2 jam duduk semeja, mamat perancis itu minta untuk mengundurkan diri.  Sebagai buah tangan, dia memberikanku sehelai wang kertas cina dan sekeping syiling negara cina.  Manakala aku hanya memberikannya senyuman yang paling manis dan "nice to meet you".  Dia pula membalas "goodluck with your study, and you're winning your game so I can't wish you goodluck on that"  

Untung aku berjumpa dengan orang yang peramah sepertinya.

Namanya Fabrice

Seronok sebenarnya dapat bermalam di airport atau tempat awam lain, dapat tengok macam-macam karenah manusia

Sunday, February 3, 2013

Malaysia aku datang

Tepat jam 2305, burung besi selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur LCC Terminal.  Sebagai rakyat marhaen, aku hanya mampu menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah walaupun realitinya tak seperti yang diuar-uarkan.

Ini kali pertama aku menaiki pesawat dengan dompet kosong, sekosong flight dari Jakarta ke KL.  Takla kosong pun sebenarnya, hanya ada 12 ribu rupiah tersisa setelah wang digunakan untuk membeli 2 gelas kopi mahal.  Semasa berasa di dalam pesawat, aku terpaksa menahan godaan bau makanan kiri dan kanan.  Disebabkan rasa lapar, maggie cup nampak cukup menyelerakan.  Hasrat ingin membeli, tapi apakan daya duit takdak.

Setelah touchdown, aku bergegas keluar dari pesawat dan melajukan langkah ke terminal.  Aku kurang gemar nak beratur panjang dekat kaunter imigrasi.  Terima kasih kepada jabatan imigrasi Malaysia kerana menyediakan kauner elektronik untuk penumpang.  Dengan hanya meletakkan passport ke dalam tempat disediakan dan scan cap jari, kurang dari 1 minit aku telahpun melepasi kaunter imigrasi.

Aku teringat di dalam pouch kecil tempat aku menyimpan kad-kad atm malaysia dan IC ada terselit wang kertas ringgit malaysia berjumlah RM9.  Aku pun menuju ke booth digi dengan hasrat nak tambah nilai pulsa.  Sayangnya jumlah minima adalah RM10.  Bukan dulu RM5 pun boleh top up ke?

Cabaran setelah sampai di tanah air belum terhenti, aku diuji pula dengan machine atm yang rosak, nasib baik lah aku kerja pizza hut dulu ada buat akaun maybank, nak tak nak terpaksa guna akaun maybank.

Perut lapar, aku terus menuju ke restoran makanan segera yang terkenal seantero dunia untuk mengisi perut.  Dan aku masih di sini semasa post ini ditulis.

Aku mati kutu nak fikir apa aku nak buat sampai flight aku jam 8 pagi nanti.  External HDD aku tertinggal di Jakarta. Damn!!