Selamat ulang tahun seminggu si nota 2. Eh, kalau baru seminggu nak panggil ulang tahun ke ulang minggu? lantaklah nak panggil apa. Yang penting, si nota 2 sudah berada dalam dakapan ku selama 7 hari.
Aku tidak pernah bermimpi untuk memiliki si nota 2. Memang aku ada merancang untuk menukar telefon genggam yang lama kepada yang baru semasa cuti ini. Tetapi tidak pernah terlintas pula di fikiran untuk memiliki nota 2. Mungkin disebabkan rasa cinta dan sayang kepada kekasih hati mebuatkan aku memilih nota 2 daripada telefon pintar yang lain. Maklumla, telefon sepasang, baru la couple phone namanya.
Hasil duit simpanan sejak bangku sekolah lagi, ditambah juga dengan wang pemberian kerajaan (Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BRIM) alhamdulillah aku mampu memiliki si nota 2.
Setelah melakukan beberapa survey di kedai telefon sekitar bandar Sibu, aku mendapati harganya hampir sama dan rata-rata kedai tidak mahu tawar-menawar. Jadi akhirnya aku berseteju untuk membelinya dengan harga sekian-sekian. Dan sudah pasti aku ada bertanyakan sekiranya ada sebarang free gift dengan pembelian telefon tersebut. Tidak Malaysian la kalau beli barang mahal-mahal kalau tak mintak free gift.
Usai membeli telefon pintar, aku terus pulang ke rumah dengan senyuman lebar terukir di pipi. Pada sebelah malamnya, aku tidur sebantal, setilam bersama telefon baru. Sungguh indah malam pertama bersama telefon baru kesayangan aku.
Beberapa hari pertama aku menggunakan si nota 2 tersebut, amat kekok sekali rasanya. Aku yang sudah terbiasa menggunakan hp berjenama nokia masih terkejut beruk melihat screen telefon yang terlalu besar.
Aku berharap agar aku dapat menggunakan telefon pintar ini sebaik mungkin.
Sekarang aku nak cari apps yang dapat suruh aku lulus exam dengan senang.
Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts
Monday, February 25, 2013
Friday, February 1, 2013
February
"This life is a precious gift. So don't get too crazy, It's not worth the risk."
*YOLO-The Lonely Island Feat Adam levine n Kendrick Lamar*
Akhirnya blok 13 tamat dengan rasminya setelah peperiksaan ulang pagi tadi. Walaupun aku telah lulus dengan cemerlang untuk blok ini, aku mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan ulang.
"Daripada tidak berbuat apa di rumah, mending gue ngambil herr."
Demikianlah bisikan yang aku lemparkan terhadap diri sendiri. Siapa tahu, aku akan mendapat A* setelah ujian ulang. Disebabkan aku seorang star di campus, aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghitamkan 100 kotak diatas lembar jawapan. Tidak sia-sia aku mengambil ujian ulang, soalannya mirip seperti soalan inte 1 dan inte 2 lepas. Maka peluang untuk mendapat A* semakin cerah.
Selepas peperiksaan ulang tersebut, kelompok PBL aku beramai-ramai ke pusat beli-belah terdekat untuk meraikan tamatnya semester 3 sekaligus meraikan hari jadi teman sekelompok. Mini outing tersebut nampak bosan pada mulanya kerana aku adalah seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan orang ramai.
Walaupun telah hampir setengah tahun bersama mereka, aku masih berasa kekok apabila berada dalam kelompok tersebut. Aku adalah yang terawal sampai, nah, aku mampu membuktikan bahawa janji melayu itu adalah dusta semata. Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka tiba dan dalam jangka waktu 20 minit kami beramai-ramai telah bergerak untuk memenuhi hasrat perut masing-masing.
Ketika sedang mencari restoran yang sesuai, sedikit argument telah terjadi.
"Gue allergic seafood, ga bisa makan udang sama kepiting," ujar Enrique
"Aku pula ga makan lembu, kerana itu tuhan aku," balas Kajol
"Aku ga makan babi, babi itu kotor," kata si Joe yang telahpun menahan rasa lapar sejak tadi
Kesemua ahli kelompok terdiam dan meneruskan perjalanan mencari restoran yang tidak menjual seafood, lembu dan babi.
Akhirnya hasrat semua orang dipenuhi. Tiada seafood, lembu dan babi. Masing-masing memesan ayam, sayur kangkung, tahu dan tempe goreng. Perbualan di kedai makan agak perlahan kerana masing-masing khusyuk dengan makanan. Bak kata orang tua, tak elok bercakap ketika makan.
Setelah selesai upacara makan-makan dan memotong kek yang tak-berapa-nak-sedap, keadaan menjadi hangat kembali. Kali ini untuk memilih antara menonton wayang ataupun karaoke. Masing-masing dengan sebabnya yang tersendiri. Wayang adalah pilihan suara ramai, jadi bergeraklah sekumpulan anak muda ke tingkat 4 untuk melihat cerita apa yang sedang ditayangkan.
Joe berdoa agar janganlah cerita hantu menjadi pilihan kerana dia merupakan seorang yang penakut. Walaupun begitu, sesampainya di kaunter tiket, cerita hantulah yang menjadi pilihan. Bergetar kepala lutut Joe. Tetapi, nasib masih menyebelahinya, Mariam memberitahu bahawa dia tidak bisa pulang lewat. Disebabkan cerita bermula pada jam 3.45pm waktu indonesia barat, sudah tentu akan habis lewat dan Mariam pula tidak dibenarkan ibunya untuk balik melebihi jam 5.
Jadi kami beransur keluar dari panggung wayang dan menyusun langkah untuk ke pusat karaoke. Aku bukanlah seorang yang gemar berkaraoke. Suaraku lunak seperti buluh perindu dan aku jarang menunjuk-nunjuk kehebatanku kerana ditakuti hasrat untuk menjadi seorang doktor bertukar menjadi artis.
Tetapi siapa yang sangka, semedium-medium bilik karaoke bisa berubah menjadi discotique.
I took the mic and scream YOLO to them!!! YOLO!!!
Thursday, January 3, 2013
Kembali ke sekolah
Tak seperti zaman dahulu, bila nak start sekolah je semangat habis. Kasut baru, baju baru, beg baru, botol air baru, pencil case baru, pendek kata semua la baru bila sesi persekolahan nak start. Padahal semua yang baru tu, tak sampai sebulan dah rosak rabak. Biasala, lelaki, mana cermat nak jaga barang. Lebih-lebih lagi lelaki maskulin seperti aku. Sebab? Dengan kasut sekolah la aku jadikan sebagai kasut futsal, 2 in 1 la katakan. Baju sekolah pulak, jadi jersi futsal. Tak sah kalau tak balik rumah kolar baju hitam dipenuhi daki dan peluh lelaki sejati.
Semangat manapun aku nak datang sekolah, aku datang lewat jugak. Disebabkan mempunyai pengaruh yang kuat, aku suruh kawan aku, Andy reservekan tempat duduk. Dia seorang yang rajin, tak seperti aku. Tapi sedikit sebanyak kerajinan dia banyak mempengaruhi aku. Kami banyak belajar bersama, dia tolong aku, aku tolong dia. Haa tengok, mcm tu la kita sepatutnya hidup. Ni kata 1 Malaysia tapi sering sangat nak condemn kaum lain. Patutnya hidup relax je, tolong menolong bagai aur dan tebing.
Dulu aku bersekolah kat sekolah harian biasa je, bukan sekolah berasrama penuh. Sampai hari ni aku tak faham kenapa orang beria nak masuk sekolah berasrama penuh. Best sangat ke? Mungkin org lain punya sebab kenapa nak masuk SBP. Aku dapat jugak tawaran masuk SBP dulu, tapi disebabkan anak emak, aku stay kat sekolah harian je.
Dah 4 tahun rupanya aku meninggalkan zaman persekolahan. Rindu kat sekolah, rindu suasana sekolah, rindu kawan-kawan, rindu nak tidur dalam class. Sebenarnya, aku bersekolah di sekolah yang majoriti pelajarnya adalah terdiri daripada kaum cina. Jadi, aku kira minoriti la kat sekolah tu. Tapi best jugak sebenarnya, asyik nak kawan dengan melayu je mana thrill. Sebab tu la aku banyak kawan cina tapi aku tak pandai nak berbahasa cina, kalau faham sikit-sikit tu boleh la. Menyesal tak belajar dulu. Aku teringat kat senior aku pernah cakap :-
Post ni ditulis sebab sekarang musim sekolah. Selamat bersekolah. Dan aku akan kembali berkuliah esok. MALASNYA!!
Satu lagi, syndrome tak sabar nak balik kampung dah membuak, tambah pula CNY tak lama lagi, nak celebrate sama-sama kawan chinese mcm dulu dari pagi sampai malam visiting sampai mabuk limau.
*Siapa kata Cina dan Melayu tak boleh bersatu?
Semangat manapun aku nak datang sekolah, aku datang lewat jugak. Disebabkan mempunyai pengaruh yang kuat, aku suruh kawan aku, Andy reservekan tempat duduk. Dia seorang yang rajin, tak seperti aku. Tapi sedikit sebanyak kerajinan dia banyak mempengaruhi aku. Kami banyak belajar bersama, dia tolong aku, aku tolong dia. Haa tengok, mcm tu la kita sepatutnya hidup. Ni kata 1 Malaysia tapi sering sangat nak condemn kaum lain. Patutnya hidup relax je, tolong menolong bagai aur dan tebing.
Dulu aku bersekolah kat sekolah harian biasa je, bukan sekolah berasrama penuh. Sampai hari ni aku tak faham kenapa orang beria nak masuk sekolah berasrama penuh. Best sangat ke? Mungkin org lain punya sebab kenapa nak masuk SBP. Aku dapat jugak tawaran masuk SBP dulu, tapi disebabkan anak emak, aku stay kat sekolah harian je.
Dah 4 tahun rupanya aku meninggalkan zaman persekolahan. Rindu kat sekolah, rindu suasana sekolah, rindu kawan-kawan, rindu nak tidur dalam class. Sebenarnya, aku bersekolah di sekolah yang majoriti pelajarnya adalah terdiri daripada kaum cina. Jadi, aku kira minoriti la kat sekolah tu. Tapi best jugak sebenarnya, asyik nak kawan dengan melayu je mana thrill. Sebab tu la aku banyak kawan cina tapi aku tak pandai nak berbahasa cina, kalau faham sikit-sikit tu boleh la. Menyesal tak belajar dulu. Aku teringat kat senior aku pernah cakap :-
"Kalau kamu nak belajar Mandarin, cari Chinese girlfriend"
Kalau aku jumpa dengan dia sekarang aku nak cakap macam ni :
Sekarang girlfriend aku tak ajar aku Mandarin pun, guano ni boh?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu lagi, syndrome tak sabar nak balik kampung dah membuak, tambah pula CNY tak lama lagi, nak celebrate sama-sama kawan chinese mcm dulu dari pagi sampai malam visiting sampai mabuk limau.
*Siapa kata Cina dan Melayu tak boleh bersatu?
Wednesday, January 2, 2013
2
Sama seperti tahun lepas, aku menyambut tahun baru keseorangan. Ye la, dah duduk oversea mestila hidup sebatang kara. Tak ada benda menarik untuk disaksikan, apatah lagi untuk diraikan. Sebagai seorang muslim, aku tidak biasa dengan hiburan dan parti liar walaupun ramai teman yang mengajak. Inbox mesej aku sudah hampir penuh berupa ajakan sedemikian.
"Joe, malam ni jangan lupa ya jam 10", ujar Ally, seorang budak local yang tergila-gilakan aku.
Seperti sudah tahu muslihatnya ingin mengajak aku yang handsome ini keluar, aku hanya mendiamkan diri.
4 jam lagi sebelum bertukar tarikh. Aku duduk di balkoni rumah sambil mengenang nasib dan berfikir apa sahaja yang telah aku capai sepanjang 2012.
Bukan niatku ingin mendabik dada, tetapi sepanjang 2012, telah banyak peristiwa suka duka telah ku lalui dan kebanyakannya amat membanggakan.
Antaranya, aku telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk batch aku sebab telah lulus dengan cemerlang untuk semua subjek medic. Paling membanggakan, aku dapat markah 100 untuk setiap kali ujian anatomi.
Maka, tidak hairanlah aku sering dipuja oleh cewek-cewek di kampus. "Beauty with brain" Ya. Itulah gambaran tepat untuk menggambarkan diri ini.
Di luar rumah sudah terdengar dentuman letupan kembang api. Tak seperti di Malaysia di mana bunga api adalah diharamkan dan hanya dijual di pasar gelap. Di sini, bunga api dengan mudah boleh dibeli di pinggir jalan. Dengan pasaran yang legal, jadi meriah la setiap kali acara menyambut tahun baru.
Aku masih duduk di balkoni, sedikitpun di dalam hati tak excited nak sambut tahun baru dan aku pun tak tau kenapa.
Sedang aku mengelamun, aku dapat merasakan gegaran yang amat kuat tanpa henti. "Apakah ini gempa?" aku bermonolog sendirian. Gegaran masih berlangsung dan sekarang diiringi bunyi yang kuat. Keadaan tersebut persis di medan perang. Aku tak pasti sama ada ia disebabkan oleh gempa ataupun kembang api. Aku hanya mampu memejamkan mata dan menyerahkan segalanya pada yang Esa.
Disaat gegaran masih lagi berlangsung dan bunyi yang semakin kuat, aku memberanikan diri untuk membuka mata.
Aku mendapati diri aku berada di atas katil. Alhamdulillah, anggota badanku masih lagi sempurna, tangan masih sepasang, kaki juga sepasang, jari tangan 10 begitu juga jari kaki. Ku ambil cermin meja, tampak diriku masih tampan seperti biasa.
Namun, ada seperkara yang aneh. Aku masih merasakan gegaran.
Rupa-rupanya, katil aku yang bergegar disebabkan handphone nokia 3310. Dan bunyi dentuman sebenarnya terhasil daripada nada dering monofonik telefon tersebut. Aku mendapat panggilan daripada ayah aku-panggilan akhir tahun katanya. Usai berbicara di talian, aku melihat jam, jam menunjukkan angka 1900.
Astaghfirullah
*Jangan tidur waktu maghrib, banyak setan
Subscribe to:
Posts (Atom)