Teringat teguran pak cik aku ketika hari raya aidilfitri tahun lepas. Tidak enak gambar begitu diletakkan di laman sosial yang boleh ditatap oleh jutaan orang. Seingat aku, sudah cukup ketat 'mode privacy' di letakkan. Dia tegur straight kat muka aku, depan pak cik dan mak cik yang lain. Tipu la kalau aku cakap aku tak rasa malu. Aku malu, cuba untuk menyembunyikan rasa malu, aku buat-buat tak tahu. I'm good at being and acting cool. LOL
Aku faham kenapa ditegur begitu, cukup buat aku untuk fikir banyak kali. Memang kita perlu berfikir banyak kali untuk buat sesuatu. Aku faham dan sekarang lebih banyak berfikir sebelum bertindak.
Persoalannya, adakah semua yang berlaku adil? adakah apa yang terjadi kepadaku terjadi kepada orang lain? Melihat laman sosial seorang saudara rapat, A yang lebih terbuka menjaja kisahnya kepada umum, adakah dia diperlakukan sebegitu juga?
Dalam kes aku, di laman sosialku, hanya sedikit gambar yang mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak diletakkan, itupun sudah sedaya upaya di'hide'kan untuk orang umum, apatah lagi pak cik dan mak cik aku. Dengan keadaan 'private' begitupun aku sudah dileteri oleh mereka. Sedangkan aku tidak mendengar pun sebarang komen terhadap A. Jika dibandingkan jantina, sepatutnya, mereka harus lebih membimbangkan si A kerana dia seorang perempuan. Bukan hendak menjadi seksis, tetapi apakah elok seorang perempuan lebih banyak menjaja cerita peribadi daripada lelaki?
Masih berfikir dan mencari jawapan. Bagiku, dileteri bukan satu masalah, ianya lebih kepada satu penghargaan kerana mereka sayang akan aku. Ia mengingatkan aku, sesetengah perkara adalah lebih baik disimpan untuk diri sendiri. Tidak semua yang boleh diceritakan kepada orang luar. Tidak molek jika kita menceritakan semua yang terjadi kepada orang ramai.
Hidup ini umpama bulan. Bulan penuh jarang terjadi

