Selamat ulang tahun seminggu si nota 2. Eh, kalau baru seminggu nak panggil ulang tahun ke ulang minggu? lantaklah nak panggil apa. Yang penting, si nota 2 sudah berada dalam dakapan ku selama 7 hari.
Aku tidak pernah bermimpi untuk memiliki si nota 2. Memang aku ada merancang untuk menukar telefon genggam yang lama kepada yang baru semasa cuti ini. Tetapi tidak pernah terlintas pula di fikiran untuk memiliki nota 2. Mungkin disebabkan rasa cinta dan sayang kepada kekasih hati mebuatkan aku memilih nota 2 daripada telefon pintar yang lain. Maklumla, telefon sepasang, baru la couple phone namanya.
Hasil duit simpanan sejak bangku sekolah lagi, ditambah juga dengan wang pemberian kerajaan (Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BRIM) alhamdulillah aku mampu memiliki si nota 2.
Setelah melakukan beberapa survey di kedai telefon sekitar bandar Sibu, aku mendapati harganya hampir sama dan rata-rata kedai tidak mahu tawar-menawar. Jadi akhirnya aku berseteju untuk membelinya dengan harga sekian-sekian. Dan sudah pasti aku ada bertanyakan sekiranya ada sebarang free gift dengan pembelian telefon tersebut. Tidak Malaysian la kalau beli barang mahal-mahal kalau tak mintak free gift.
Usai membeli telefon pintar, aku terus pulang ke rumah dengan senyuman lebar terukir di pipi. Pada sebelah malamnya, aku tidur sebantal, setilam bersama telefon baru. Sungguh indah malam pertama bersama telefon baru kesayangan aku.
Beberapa hari pertama aku menggunakan si nota 2 tersebut, amat kekok sekali rasanya. Aku yang sudah terbiasa menggunakan hp berjenama nokia masih terkejut beruk melihat screen telefon yang terlalu besar.
Aku berharap agar aku dapat menggunakan telefon pintar ini sebaik mungkin.
Sekarang aku nak cari apps yang dapat suruh aku lulus exam dengan senang.
No comments:
Post a Comment