Masa : sekitar jam 0130
Semuanya terjadi berturutan ketika aku sedang mengisi masa terluang menanti flight pertama ke Sibu dari KL.
Setelah menghabiskan kentang goreng, aku mengambil keputusan untuk bermain game. Rasa kecewa masih menebal disebabkan line internet yang lambat mcm siput atau mungkin lebih lambat membuatkan hasrat untuk skype bersama orang tersayang terpaksa dilupakan. Disebabkan external hard disk tertinggal di kotaraya Jakarta, terpaksalah aku mencari perkara lain untuk dilakukan. Jadi aku mengambil keputusan untuk bermain game FIFA yang telah sedia ada terinstall di laptop.
Disebabkan pelanggan tidak ramai, suasana hening mengisi ruang restoran makanan segera tersebut. Masing-masing dengan fi'il tersendiri. Antaranya, ada yang tidur berkatilkan kerusi, menonton rancangan korea, bergossip dan bermain dam haji. Melihat akan keadaan tersebut, aku tidak teragak-agak untuk merestart laptop aku untuk ditukarkan kepada OS windows agar dapat digunakan untuk bermain game.
Melihat kepada folder game, kali terakhir aku bermain adalah pada Disember lepas. Dan baru sekarang aku mempunyai masa untuk menyambung kembali permainan yang belum selesai. Lihatlah betapa sibuknya dunia seorang budak medik.
Sedang aku bermain sebagai pasukan kegemaran Manchester United menentang noisy neighbour yang x berapa nak hebat, aku disapa oleh seorang mamat botak. Aku yang tersentak, lantas menghentikan permainan dan menjawab sapaannya.
"Hello, can I sit with you at this table?" dia bertanya.
"Oh hello. Yeah, sure," aku menjawab singkat
"Actually can we share the electricity?" tanyanya sambil telunjuk mengarah ke soket
"Of course, do you have the adapter?"
"Here." jawabnya seraya menghulurkan adapter untuk dipasang pada soket
Soket tersebut telah menjadi medium persahabatan antara kami berdua.
"Where are you from?" Dia bertanya sebelum sempat duduk setelah memasang soket
"I'm from Malaysia, waiting my flight to Sibu, Sarawak. And you?" balas aku
"I'm from France but living in China, I'm going to Bali"
Maka banyaklah pertanyaan diajukan oleh kedua belah pihak. Daripada hal keluarga, pekerjaan, pelajaran, hobi dan pengalaman telah dikongsikan bersama. Sehinggakan mamat perancis tersebut yang sebelumnya duduk berhadapan dengan aku, telah bertukar tempat duduk di sebelah aku untuk melihat kehebatan aku bermain game bola sepak.
Aku sempat bertanya tentang keluarganya, dia mempunya 3 orang anak. Seorang laki-laki dan 2 perempuan. Anaknya yang pertama berada di medschool tahun pertama manaklah anak yang kedua dan bongsu masih kecil. Dia tidak segan menyatakan bahawa dia sudah bercerai. Aku terdiam seketika apabila dia memberitahu bahawa dia sudah bercerai. Memang benarlah dikatakan orang bahawa mat saleh memang lebih terbuka daripada orang timur.
Dia pula sempat bertanyakan aku adakah aku sudah mempunyai kekasih hati.
"Do you have girlfriend?"
"Yes, I do have one"
"How many years you have been together?"
"Two years"
"Wow, you're getting serious"
"I've met her parents"
"That are really serious"
Lebih kurang begitulah dialog kami berdua.
Sedang kami melepak, seorang gadis korea sedang bertelefon. Aku yang telah lama memerhatikannya menyangka dia adalah seorang chinese. Tetapi jangkaanku meleset. Setelah mendengar beberapa patah perkataan keluar dari mulutnya, barulah aku tahu dia adalah korean. Andwe, chincha, aigoo, oppa, dé adalah antar perkataan yang dapat aku tangkap dan faham maksudnya. Yang lain, haram aku nak faham. *Terima kasih kepada rancangan korea no 1 yang diminati ramai iaitu Running Man kerana berjaya mengajarku beberapa perkataan korea*
Seperti gadis-gadis kpop, gadis tersebut juga berkulit putih, bermata besar, hidung mancung dan lain lain yang aku sendiri ragu-ragu apakah itu kecantikan semulajadi ataupun kecantikan plastik semata. Gadis korea tersebut asyik bertelefon dan kadang-kadang berskype mungkin. Tingkah lakunya sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku dan mamat perancis botak.
Setelah hampir 2 jam duduk semeja, mamat perancis itu minta untuk mengundurkan diri. Sebagai buah tangan, dia memberikanku sehelai wang kertas cina dan sekeping syiling negara cina. Manakala aku hanya memberikannya senyuman yang paling manis dan "nice to meet you". Dia pula membalas "goodluck with your study, and you're winning your game so I can't wish you goodluck on that"
Untung aku berjumpa dengan orang yang peramah sepertinya.
Namanya Fabrice
Seronok sebenarnya dapat bermalam di airport atau tempat awam lain, dapat tengok macam-macam karenah manusia
No comments:
Post a Comment