Saturday, November 19, 2011

Road to Final

Hye :)

Tidur lewat sampai bangun pun lewat. bangun-bangun tengok matahari dah duduk tegak atas kepala. Terbangun sebab ada laptop kat sebelah katil. macam mana boleh terbangun aku pun tak tahu. Tak lama lepas mata segar housemate ketuk pintu bilik and tanya nak tak pergi Stadium Gelora Bung Karno (GBK) petang nanti tengok semifinal Malaysia lawan Myanmar. Lepas negotiate nak beli tiket harga berapa and siapa jugak yang pergi aku pun setuju.

Belum angkat dari katil pun, masih melekat kat depan laptop. Seorang kawan mesej ajak tengok match tu jugak. ingatkan dia tahu ada geng lain yang ajak. rupa-rupanya tak tahu langsung. kesian pulak. and dia cakap ada senior yang cari penyokong untuk team Harimau Malaya. provided baju team malaysia and tiket free. apa lagi terus bersemangat la nak pegi.

So dipendekkan cerita semua yang nak pegi berkumpul jam 2.00 ptg nak cari taxi. tunggu taxi kosong punya la lama sampai 30 minit berpanasan. panas terik diredahi semata-mata nak tengok pasukan negara main. bukan selalu pun kan.

Sampai GBK jam 3pm.  Tunggu kat depang VVIP gate sebab ada senior nak distribute tiket free. ok la kan dapat tiket free walaupun tempat duduk category 3.  at least nampak la jugak gol Fakri.  Game kali ni Malaysia main mcm slow je.  First half kitorang semangat lagi siap sorak2, kibar2 bendera Malaysia. Masuk Second half main lebih kurang mcm first half kitorang mcm dah x de semangat sampai la dah nak tamat match.  after Fakri score kita sorak mcm x de esok dah.  then start dari situ la kena provoke oleh local supporter.  x de semangat kesukanan langsung.  dari awal match local supporter x byk sangat lagi. after nak habis then berpusu-pusu masuk stadium and boo malaysians.  nak keluar dari stadium pun polis escort kitorang. cool. pengalaman yang best dan tak dapat nak dilupakan. Ok la kan Malaysia menang 1-0. kan menang jugak tu.

After keluar dari stadium terus pegi gate and cari taxi untuk balik.  singgah jap kat McD sebab lapar after kena provoke.  balik dalam keadaan penat tapi hati puas.  so Malaysia akan jumpa Indonesia untuk Final hari isnin nanti.  goodluck Harimau Muda :)

Sedikit gambar untuk tatapan :


 Pintu Depan GBK

 Wakil UKRIDA batch 2011 yang hadir

 Negaraku berkumandang di GBK

 3 warna berbeza untuk 1 pasukan yang sama :)

 Malaysia Boleh!!

 Batch 2011 yang happening

 Half time

 Dengan local supporters

Time balik kena provoke

*Bukan semua supporter Indonesia bertindak extreme.  Ada yang friendly adn ramah.  Yang membezakan adalah tahap pemikiran mereka. Berfikir seperti haiwan maka serupa haiwan. Belum tentu kita manusia sempurna

No comments:

Post a Comment