Walaupun telah bertolak seawal jam 1 tengah hari, perjalanan ke Pluit yang selalunya hanya mengambil masa sekitar setengah jam menjadi hampir satu jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana jalan menuju ke Pluit digenangi air.
Kami berhenti di depan Emporium Pluit dan Pluit Junction, dua buah kompleks beli belah di mana di situlah, di tempatkan booths bantuan untuk mangsa banjir yang dipindahkan. Suasana di sekitar kawasan tersebut sangat sesak dan terdapat ramai Tentera Rakyat Indonesia (TRI) untuk mengawal keadaan daripada menjadi kucar-kacir.
Salah seorang daripada pemandu kami, berjaya bernegosiasi dengan anggota TRI untuk meminta kebenaran menaiki truk tentera bagi meninjau kawasan sekitar yang dinaiki air. Walaupun telah surut, air masih berada pada paras pinggang orang dewasa-sekitar 1 meter.
Kami dibawa menaiki truk selama lebih kurang setengah jam untuk melihat sendiri bagaimana, bencana alam ini telah memusnahkan banyak harta benda dan memberi banyak kerugian kepada para peniaga mahupun orang persendirian.
Syukurlah, ramai yang datang memberikan bantuan, tidak kira daripada NGO di sini mahupun daripada orang perseorangan. Semasa kami berada di tempat kejadian kami menyaksikan sendiri orang ramai datang untuk memberikan sumbangan berupa makananan dan pakaian kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada mangsa banjir.
Selain booth untuk mengagihkan sumbangan, terdapat juga booth yang menyediakan khidmat rawatan kesihatan kepada mangsa banjir. Diberitahu, rata-rata mangsa banjir menghidap alergi pada kulit disebabkan air banjir yang kotor.
Diharap pada masa mendatang, masih ada misi kemanusiaan sebegini dijalankan kerana, walaupun tidak ada bencana, ramai sebenarnya yang memerlukan pertolongan sebegini lebih-lebih lagi di Jakarta, Indonesia.
![]() |
| Persediaan sebelum bertolak |
![]() |
| Keadaan penuh sesak |
![]() |
| Mangsa banjir menunggu bantuan |
![]() |
| Lori terbalik disebabkan banjir |
![]() |
| Seven Eleven lumpuh |
![]() |
| Life of Pi |
![]() |
| Perusahaan mengalami kerugian |
![]() |
| Warung ditenggelami air |
![]() |
| Mencuci apa yang patut |
![]() |
| Sumbangan yang tidak seberapa |
![]() |
| Ahli yang turun padang |
Pengalaman untuk berada di tempat kejadian amatlah berharga. Seberat manapun mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Laporan disediakan oleh,
Abu bin Samad
Pengerusi Persatuan Budak Nakal











No comments:
Post a Comment