Kalendar perkuliahan universitas aku memang memperuntukkan cuti selama lebih kurang seminggu lebih apabila tibanya akhir tahun. Biasalah, universiti kristian, mestila nak meraikan hari natal untuk jangka waktu yang lama. Lebih kurang mcm kat Malaysia bila tiba je hari raya, kecoh nak cuti sampai sebulan atas alasan bulan syawal tu sebulan lamanya.
Jadi, liburan bermula pada 21 Disember 2012. Aku yang tak balik kampung halaman tak tahu nak buat apa sepanjang cuti yang sampai tahun depan. Mati kutu dibuatnya. Dah la duit simpanan dalam akaun semasa CIMB Niaga semakin menipis, kalau nak bercuti ke Bali memang la tak lepas. Jadi, di saat loceng perkuliahan terakhir dibunyikan, aku nekad nak berhibernasi sepanjang liburan. Bukan apa, nak ganti balik masa tidur yang telah dikorbankan sebab kelas yang padat ditambah pula waktu exam. Budak medic ni sibuk memanjang kalau nak tahu. So, siapa yang tak bersedia nak ambik course medic takyah ambik la. Itu je nasihat aku.
Tetapi bila tengah cuti, aku pelik macam mana plan nak berhibernasi ni boleh pulak bertukar menjadi program liburan 3 hari 2 malam ke Bandung bersama teman yang sekepala. Mungkin hati aku ni lembut sangat menerima ajakan kawan kawan kot.
Maka bercutilah aku di Bandung bersama teman-teman aku. Percutian ini bukanlah seperti percutian biasa yang sering aku lalui. Percutian kali ini amat dramatik penuh adegan suka duka. Part yang suka nya, siapa yang tak suka pergi bercuti kan, part duka pulak, duit dalam wallet semakin pupus. Part dramatik pulak, nanti-nantila aku cerita.
Sepanjang percutian, aku memang tak bersedia nak keluarkan sesen pun duit untuk shopping, hanya untuk belanja yang perlu. Hasilnya, dapatlah jugak perbelanjaan percutian 3 hari 2 malam ke bandung diminimalisasikan.
Sekembalinya ke Jakarta, aku ingat nak sambung balik plan tido sepanjang hari, tapi masih gagal. Paling lama aku dapat tido pun sekitar 11-12 jam. Jadi waktu selebihnya diisi dengan program yang bermanfaat seperti menonton movie ataupun beriadah.
Seperti sekarang, aku sebenarnya tengah pause movie romantic Thailand sebab nak layan tulis post ni dulu. Ye la, tak hipster la kalau tak tulis post pasal minggu terakhir 2012. hihihihi
*Selamat tahun baru 2013
No comments:
Post a Comment