Friday, January 18, 2013

Banjir

Joe kepenatan setelah mengulang kaji pelajaran sejak dari jam 8 malam.  Kini jam telah pun menunjukkan angka 2.  Joe hampir tidak percaya bahawa dia telah meluangkan masa selama 6 jam untuk mentelaah pelajaran demi peperiksaan yang akan dihadapinya dalam beberapa hari lagi.  Disebabkan penat, Joe mengambil keputusan untuk tidur kerana keesokan harinya, dia mempunyai banyak kelas untuk dihadiri, sebagai seorang pelajar cemerlang, istilah ponteng kelas tidak ada di dalam kamus hidupnya.  Joe tidur diiringi rintik hujan dan kedinginan pada malam itu benar benar membuai lena Joe.

*****

Joe bangun daripada tidur matinya, melihat jam di atas meja bersebelahan dengan katilnya, Joe mengambil keputusan untuk menyambung tidur.  Bagi Joe, setiap perkara yang dilakukan hendaklah dilakukan semaksima mungkin, begitu juga dengan waktu tidur, hendaklah digunakan sebaiknya.  Hujan masih mencurah dengan lebatnya dan Joe tidak bimbang dengan keadaan tersebut malah dia amat gembira kerana hujan menemaninya untuk dibuai mimpi indah.

Kedengaran suara Ahmad diluar sedang berbicara dengan Haikal, Ahmad yang mempunyai kelas jam 7 rupanya tidak dapat hadir ke kelas disebabkan banjir.  "BANJIR??" Joe bertanya kepada diri sendiri. Joe keluar dan menanyakan hal yang sebenarnya.  Ahmad mengiyakan segala pertanyaan Joe dan memaklumkan bahawa semua kuliah dibatalkan.  "Alhamdulillah." Ujar Joe di dalam hati.  Joe melangkah kembali ke biliknya untuk menyambung kerjanya yang tergendala.

Ketika sedang enak dibuai mimpi, Joe merasakan keadaan sekelilingnya panas.  Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus.  Tetapi Joe tidak mengendahkan semua itu dan kembali tidur.

Kira-kira sejam setelah itu, barulah Joe bangun dan keluar daripada bilik.  Joe baru sedar yang banjir besar sedang menenggelami kota Jakarta setelah menonton berita semasa di televisyen.  "Nasib baik rumah kita kat tempat tinggi," kata Joe kepada teman serumah sambil melangkah keluar untuk membeli nasi padang.

Bundaran Hotel Indonesia dan keadaan sekitarnya yang ditenggelami air.
*aku kenal bundaran ni dari film Isabella lakonan Amy Search

No comments:

Post a Comment