Tepat jam 2305, burung besi selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur LCC Terminal. Sebagai rakyat marhaen, aku hanya mampu menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah walaupun realitinya tak seperti yang diuar-uarkan.
Ini kali pertama aku menaiki pesawat dengan dompet kosong, sekosong flight dari Jakarta ke KL. Takla kosong pun sebenarnya, hanya ada 12 ribu rupiah tersisa setelah wang digunakan untuk membeli 2 gelas kopi mahal. Semasa berasa di dalam pesawat, aku terpaksa menahan godaan bau makanan kiri dan kanan. Disebabkan rasa lapar, maggie cup nampak cukup menyelerakan. Hasrat ingin membeli, tapi apakan daya duit takdak.
Setelah touchdown, aku bergegas keluar dari pesawat dan melajukan langkah ke terminal. Aku kurang gemar nak beratur panjang dekat kaunter imigrasi. Terima kasih kepada jabatan imigrasi Malaysia kerana menyediakan kauner elektronik untuk penumpang. Dengan hanya meletakkan passport ke dalam tempat disediakan dan scan cap jari, kurang dari 1 minit aku telahpun melepasi kaunter imigrasi.
Aku teringat di dalam pouch kecil tempat aku menyimpan kad-kad atm malaysia dan IC ada terselit wang kertas ringgit malaysia berjumlah RM9. Aku pun menuju ke booth digi dengan hasrat nak tambah nilai pulsa. Sayangnya jumlah minima adalah RM10. Bukan dulu RM5 pun boleh top up ke?
Cabaran setelah sampai di tanah air belum terhenti, aku diuji pula dengan machine atm yang rosak, nasib baik lah aku kerja pizza hut dulu ada buat akaun maybank, nak tak nak terpaksa guna akaun maybank.
Perut lapar, aku terus menuju ke restoran makanan segera yang terkenal seantero dunia untuk mengisi perut. Dan aku masih di sini semasa post ini ditulis.
Aku mati kutu nak fikir apa aku nak buat sampai flight aku jam 8 pagi nanti. External HDD aku tertinggal di Jakarta. Damn!!
Sunday, February 3, 2013
Friday, February 1, 2013
February
"This life is a precious gift. So don't get too crazy, It's not worth the risk."
*YOLO-The Lonely Island Feat Adam levine n Kendrick Lamar*
Akhirnya blok 13 tamat dengan rasminya setelah peperiksaan ulang pagi tadi. Walaupun aku telah lulus dengan cemerlang untuk blok ini, aku mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan ulang.
"Daripada tidak berbuat apa di rumah, mending gue ngambil herr."
Demikianlah bisikan yang aku lemparkan terhadap diri sendiri. Siapa tahu, aku akan mendapat A* setelah ujian ulang. Disebabkan aku seorang star di campus, aku tidak mengambil masa yang lama untuk menghitamkan 100 kotak diatas lembar jawapan. Tidak sia-sia aku mengambil ujian ulang, soalannya mirip seperti soalan inte 1 dan inte 2 lepas. Maka peluang untuk mendapat A* semakin cerah.
Selepas peperiksaan ulang tersebut, kelompok PBL aku beramai-ramai ke pusat beli-belah terdekat untuk meraikan tamatnya semester 3 sekaligus meraikan hari jadi teman sekelompok. Mini outing tersebut nampak bosan pada mulanya kerana aku adalah seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan orang ramai.
Walaupun telah hampir setengah tahun bersama mereka, aku masih berasa kekok apabila berada dalam kelompok tersebut. Aku adalah yang terawal sampai, nah, aku mampu membuktikan bahawa janji melayu itu adalah dusta semata. Kemudian, seorang demi seorang daripada mereka tiba dan dalam jangka waktu 20 minit kami beramai-ramai telah bergerak untuk memenuhi hasrat perut masing-masing.
Ketika sedang mencari restoran yang sesuai, sedikit argument telah terjadi.
"Gue allergic seafood, ga bisa makan udang sama kepiting," ujar Enrique
"Aku pula ga makan lembu, kerana itu tuhan aku," balas Kajol
"Aku ga makan babi, babi itu kotor," kata si Joe yang telahpun menahan rasa lapar sejak tadi
Kesemua ahli kelompok terdiam dan meneruskan perjalanan mencari restoran yang tidak menjual seafood, lembu dan babi.
Akhirnya hasrat semua orang dipenuhi. Tiada seafood, lembu dan babi. Masing-masing memesan ayam, sayur kangkung, tahu dan tempe goreng. Perbualan di kedai makan agak perlahan kerana masing-masing khusyuk dengan makanan. Bak kata orang tua, tak elok bercakap ketika makan.
Setelah selesai upacara makan-makan dan memotong kek yang tak-berapa-nak-sedap, keadaan menjadi hangat kembali. Kali ini untuk memilih antara menonton wayang ataupun karaoke. Masing-masing dengan sebabnya yang tersendiri. Wayang adalah pilihan suara ramai, jadi bergeraklah sekumpulan anak muda ke tingkat 4 untuk melihat cerita apa yang sedang ditayangkan.
Joe berdoa agar janganlah cerita hantu menjadi pilihan kerana dia merupakan seorang yang penakut. Walaupun begitu, sesampainya di kaunter tiket, cerita hantulah yang menjadi pilihan. Bergetar kepala lutut Joe. Tetapi, nasib masih menyebelahinya, Mariam memberitahu bahawa dia tidak bisa pulang lewat. Disebabkan cerita bermula pada jam 3.45pm waktu indonesia barat, sudah tentu akan habis lewat dan Mariam pula tidak dibenarkan ibunya untuk balik melebihi jam 5.
Jadi kami beransur keluar dari panggung wayang dan menyusun langkah untuk ke pusat karaoke. Aku bukanlah seorang yang gemar berkaraoke. Suaraku lunak seperti buluh perindu dan aku jarang menunjuk-nunjuk kehebatanku kerana ditakuti hasrat untuk menjadi seorang doktor bertukar menjadi artis.
Tetapi siapa yang sangka, semedium-medium bilik karaoke bisa berubah menjadi discotique.
I took the mic and scream YOLO to them!!! YOLO!!!
Wednesday, January 30, 2013
End of Semester 3
Thanks God i've passed my 13th block-growth and development of this semester which is the last block of my 3rd semester. So, I have 4 more semesters to finish before i'm going into clinical years.
The end of my 3rd semester means, semester break is going to start and i'm going to spend my one month holiday in my hometown-Sibu. Before this, i've tried to plan what i'm going to do when i'm in sibu, but i just can't list out any of them. They are too many for me to list down.
One thing to put in mind is about money. I don't have lots of money to spend if i'm planning to go out or having any road trips with friends. Delicious food, good place to hang out, why you have to be so expensive? Can I just spend less to get more?
I'm planning to have a photoshoot outing with close friends and girlfriend. But, girlfriend is not that excited everytime I ask her if she wants me to take photos of her. Why oh why? or maybe she is interested but she doesn't want to tell me?
**************************************************************************************************************************
I've four more days to spend in Jakarta before i'm heading home. I'm thinking to go to Thamrin City tomorrow to buy something for my dad coz his birthday was in November last year and I did't give him any present. And for my mom, maybe err err I don't know. I'm bad at giving others presents. Or maybe I just don't know what to buy for them.
Then, i'll walk to Plaza Indonesia and few places nearby. I might take my beloved LCA with me and enjoy our time with street photography together. I've always wanted to walk from Bundaran HI to Monas to take photos, but with Jakarta's hot and dry weather, i've to think twice.

![]() |
| Each step you're taking today will make who you are tomorrow |
Photo is taken with LOMO LCA and Agfa CT Precisa 100 expired film
Be proud of who you are and never underestimate yourself
Sunday, January 27, 2013
Turun Padang
Pada Khamis lepas, bersamaan dengan 24 Januari 2013/12 Rabiulawal 1434H, Kelab **** Jakarta telah turun padang untuk memberikan sedikit bantuan kepada mangsa banjir besar di kawasan Pluit, Jakarta Utara. Seramai 9 orang ahli kelab menuju ke Pluit dengan menaiki 2 buah kereta yang disewa khas dalam misi kemanusiaan ini ataupun lebih dikenali dengan nama bakti sosial (BAKSOS) di Indonesia.
Walaupun telah bertolak seawal jam 1 tengah hari, perjalanan ke Pluit yang selalunya hanya mengambil masa sekitar setengah jam menjadi hampir satu jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana jalan menuju ke Pluit digenangi air.
Kami berhenti di depan Emporium Pluit dan Pluit Junction, dua buah kompleks beli belah di mana di situlah, di tempatkan booths bantuan untuk mangsa banjir yang dipindahkan. Suasana di sekitar kawasan tersebut sangat sesak dan terdapat ramai Tentera Rakyat Indonesia (TRI) untuk mengawal keadaan daripada menjadi kucar-kacir.
Salah seorang daripada pemandu kami, berjaya bernegosiasi dengan anggota TRI untuk meminta kebenaran menaiki truk tentera bagi meninjau kawasan sekitar yang dinaiki air. Walaupun telah surut, air masih berada pada paras pinggang orang dewasa-sekitar 1 meter.
Kami dibawa menaiki truk selama lebih kurang setengah jam untuk melihat sendiri bagaimana, bencana alam ini telah memusnahkan banyak harta benda dan memberi banyak kerugian kepada para peniaga mahupun orang persendirian.
Syukurlah, ramai yang datang memberikan bantuan, tidak kira daripada NGO di sini mahupun daripada orang perseorangan. Semasa kami berada di tempat kejadian kami menyaksikan sendiri orang ramai datang untuk memberikan sumbangan berupa makananan dan pakaian kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada mangsa banjir.
Selain booth untuk mengagihkan sumbangan, terdapat juga booth yang menyediakan khidmat rawatan kesihatan kepada mangsa banjir. Diberitahu, rata-rata mangsa banjir menghidap alergi pada kulit disebabkan air banjir yang kotor.
Diharap pada masa mendatang, masih ada misi kemanusiaan sebegini dijalankan kerana, walaupun tidak ada bencana, ramai sebenarnya yang memerlukan pertolongan sebegini lebih-lebih lagi di Jakarta, Indonesia.

| Persediaan sebelum bertolak |
![]() |
| Keadaan penuh sesak |
![]() |
| Mangsa banjir menunggu bantuan |
![]() |
| Lori terbalik disebabkan banjir |
![]() |
| Seven Eleven lumpuh |
![]() |
| Life of Pi |
![]() |
| Perusahaan mengalami kerugian |
![]() |
| Warung ditenggelami air |
![]() |
| Mencuci apa yang patut |
![]() |
| Sumbangan yang tidak seberapa |
![]() |
| Ahli yang turun padang |
Pengalaman untuk berada di tempat kejadian amatlah berharga. Seberat manapun mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Laporan disediakan oleh,
Abu bin Samad
Pengerusi Persatuan Budak Nakal
Saturday, January 26, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Pening lalat
Sedang pening.
Memikirkan patut atau tidak tekan butang buy setelah add to cart.
Apa yang anda akan lakukan jika anda tahu anda memerlukan wang dan barang yang dah di add to cart juga cukup menarik?
Friday, January 18, 2013
Banjir
Joe kepenatan setelah mengulang kaji pelajaran sejak dari jam 8 malam. Kini jam telah pun menunjukkan angka 2. Joe hampir tidak percaya bahawa dia telah meluangkan masa selama 6 jam untuk mentelaah pelajaran demi peperiksaan yang akan dihadapinya dalam beberapa hari lagi. Disebabkan penat, Joe mengambil keputusan untuk tidur kerana keesokan harinya, dia mempunyai banyak kelas untuk dihadiri, sebagai seorang pelajar cemerlang, istilah ponteng kelas tidak ada di dalam kamus hidupnya. Joe tidur diiringi rintik hujan dan kedinginan pada malam itu benar benar membuai lena Joe.
*****
Joe bangun daripada tidur matinya, melihat jam di atas meja bersebelahan dengan katilnya, Joe mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bagi Joe, setiap perkara yang dilakukan hendaklah dilakukan semaksima mungkin, begitu juga dengan waktu tidur, hendaklah digunakan sebaiknya. Hujan masih mencurah dengan lebatnya dan Joe tidak bimbang dengan keadaan tersebut malah dia amat gembira kerana hujan menemaninya untuk dibuai mimpi indah.
Kedengaran suara Ahmad diluar sedang berbicara dengan Haikal, Ahmad yang mempunyai kelas jam 7 rupanya tidak dapat hadir ke kelas disebabkan banjir. "BANJIR??" Joe bertanya kepada diri sendiri. Joe keluar dan menanyakan hal yang sebenarnya. Ahmad mengiyakan segala pertanyaan Joe dan memaklumkan bahawa semua kuliah dibatalkan. "Alhamdulillah." Ujar Joe di dalam hati. Joe melangkah kembali ke biliknya untuk menyambung kerjanya yang tergendala.
Ketika sedang enak dibuai mimpi, Joe merasakan keadaan sekelilingnya panas. Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus. Tetapi Joe tidak mengendahkan semua itu dan kembali tidur.
Kira-kira sejam setelah itu, barulah Joe bangun dan keluar daripada bilik. Joe baru sedar yang banjir besar sedang menenggelami kota Jakarta setelah menonton berita semasa di televisyen. "Nasib baik rumah kita kat tempat tinggi," kata Joe kepada teman serumah sambil melangkah keluar untuk membeli nasi padang.
![]() |
| Bundaran Hotel Indonesia dan keadaan sekitarnya yang ditenggelami air. *aku kenal bundaran ni dari film Isabella lakonan Amy Search |
Subscribe to:
Posts (Atom)