Sunday, January 27, 2013

Turun Padang

Pada Khamis lepas, bersamaan dengan 24 Januari 2013/12 Rabiulawal 1434H, Kelab **** Jakarta telah turun padang untuk memberikan sedikit bantuan kepada mangsa banjir besar di kawasan Pluit, Jakarta Utara.  Seramai 9 orang ahli kelab menuju ke Pluit dengan menaiki 2 buah kereta yang disewa khas dalam misi kemanusiaan ini ataupun lebih dikenali dengan nama bakti sosial (BAKSOS) di Indonesia.

Walaupun telah bertolak seawal jam 1 tengah hari, perjalanan ke Pluit yang selalunya hanya mengambil masa sekitar setengah jam menjadi hampir satu jam disebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana jalan menuju ke Pluit digenangi air.

Kami berhenti di depan Emporium Pluit dan Pluit Junction, dua buah kompleks beli belah di mana di situlah, di tempatkan booths bantuan untuk mangsa banjir yang dipindahkan.  Suasana di sekitar kawasan tersebut sangat sesak dan terdapat ramai Tentera Rakyat Indonesia (TRI) untuk mengawal keadaan daripada menjadi kucar-kacir.

Salah seorang daripada pemandu kami, berjaya bernegosiasi dengan anggota TRI untuk meminta kebenaran menaiki truk tentera bagi meninjau kawasan sekitar yang dinaiki air.  Walaupun telah surut, air masih berada pada paras pinggang orang dewasa-sekitar 1 meter.

Kami dibawa menaiki truk selama lebih kurang setengah jam untuk melihat sendiri bagaimana, bencana alam ini telah memusnahkan banyak harta benda dan memberi banyak kerugian kepada para peniaga mahupun orang persendirian.

Syukurlah, ramai yang datang memberikan bantuan, tidak kira daripada NGO di sini mahupun daripada orang perseorangan.  Semasa kami berada di tempat kejadian kami menyaksikan sendiri orang ramai datang untuk memberikan sumbangan berupa makananan dan pakaian kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada mangsa banjir.

Selain booth untuk mengagihkan sumbangan, terdapat juga booth yang menyediakan khidmat rawatan kesihatan kepada mangsa banjir.  Diberitahu, rata-rata mangsa banjir menghidap alergi pada kulit disebabkan air banjir yang kotor.

Diharap pada masa mendatang, masih ada misi kemanusiaan sebegini dijalankan kerana, walaupun tidak ada bencana, ramai sebenarnya yang memerlukan pertolongan sebegini lebih-lebih lagi di Jakarta, Indonesia.
Persediaan sebelum bertolak


Keadaan penuh sesak

Mangsa banjir menunggu bantuan

Lori terbalik disebabkan banjir

Seven Eleven lumpuh

Life of Pi

Perusahaan mengalami kerugian

Warung ditenggelami air

Mencuci apa yang patut

Sumbangan yang tidak seberapa

Ahli yang turun padang

Pengalaman untuk berada di tempat kejadian amatlah berharga.  Seberat manapun mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Laporan disediakan oleh,

Abu bin Samad
Pengerusi Persatuan Budak Nakal

Saturday, January 26, 2013

Selamat Pagi Sayang


"Ku mahu kau ada setiap masa, ku tak mahu keseorangan"

Wednesday, January 23, 2013

Pening lalat

Sedang pening.

Memikirkan patut atau tidak tekan butang buy setelah add to cart.

Apa yang anda akan lakukan jika anda tahu anda memerlukan wang dan barang yang dah di add to cart juga cukup menarik?

Friday, January 18, 2013

Banjir

Joe kepenatan setelah mengulang kaji pelajaran sejak dari jam 8 malam.  Kini jam telah pun menunjukkan angka 2.  Joe hampir tidak percaya bahawa dia telah meluangkan masa selama 6 jam untuk mentelaah pelajaran demi peperiksaan yang akan dihadapinya dalam beberapa hari lagi.  Disebabkan penat, Joe mengambil keputusan untuk tidur kerana keesokan harinya, dia mempunyai banyak kelas untuk dihadiri, sebagai seorang pelajar cemerlang, istilah ponteng kelas tidak ada di dalam kamus hidupnya.  Joe tidur diiringi rintik hujan dan kedinginan pada malam itu benar benar membuai lena Joe.

*****

Joe bangun daripada tidur matinya, melihat jam di atas meja bersebelahan dengan katilnya, Joe mengambil keputusan untuk menyambung tidur.  Bagi Joe, setiap perkara yang dilakukan hendaklah dilakukan semaksima mungkin, begitu juga dengan waktu tidur, hendaklah digunakan sebaiknya.  Hujan masih mencurah dengan lebatnya dan Joe tidak bimbang dengan keadaan tersebut malah dia amat gembira kerana hujan menemaninya untuk dibuai mimpi indah.

Kedengaran suara Ahmad diluar sedang berbicara dengan Haikal, Ahmad yang mempunyai kelas jam 7 rupanya tidak dapat hadir ke kelas disebabkan banjir.  "BANJIR??" Joe bertanya kepada diri sendiri. Joe keluar dan menanyakan hal yang sebenarnya.  Ahmad mengiyakan segala pertanyaan Joe dan memaklumkan bahawa semua kuliah dibatalkan.  "Alhamdulillah." Ujar Joe di dalam hati.  Joe melangkah kembali ke biliknya untuk menyambung kerjanya yang tergendala.

Ketika sedang enak dibuai mimpi, Joe merasakan keadaan sekelilingnya panas.  Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus.  Tetapi Joe tidak mengendahkan semua itu dan kembali tidur.

Kira-kira sejam setelah itu, barulah Joe bangun dan keluar daripada bilik.  Joe baru sedar yang banjir besar sedang menenggelami kota Jakarta setelah menonton berita semasa di televisyen.  "Nasib baik rumah kita kat tempat tinggi," kata Joe kepada teman serumah sambil melangkah keluar untuk membeli nasi padang.

Bundaran Hotel Indonesia dan keadaan sekitarnya yang ditenggelami air.
*aku kenal bundaran ni dari film Isabella lakonan Amy Search

Wednesday, January 16, 2013

Blog

At last, I've found that girl's blog. The one that I only read few parts of it 2 years ago.  Got the link from her FB before she deleted it back then.  From just friend, we became strangers before we became friends again in FB after 7 years. ( I know this friends-strangers-friends relationship are very hard to explain to you people out there).

But who cares. She's mine now :)   I've never thought that I'll be searching for her blog again after she deleted the link.  I've searched high and low before and I failed.  After that, I gave up to search for her blog.

As far I can recall, I only remember the part which she said she's into fashion photography, other that that "puff" I didn't remember a single thing about her blog.

And tonight, I don't know why, suddenly I tried to search for her blog again and after a few trials, I found it (Y) Ohh thanks to myself who brought up the topic about fashion photography. hehehe If i didn't brought that up I won't search for the blog.

At least now i've read what I missed last time

I love you :)

Friday, January 11, 2013

24


"Tak perlu ku cari beribu, ku akui kamu yang satu. kau buat ku rasa baru"

Selamat 24 bulan Nur Liyana :)
Semoga sampai ke hujung hayat 

Penat berjalan seharian pagi sampai petang dengan camera di leher, akhirnya bertemu jua. *ada mcm dlm video ya x? heh

Thursday, January 10, 2013

11 Januari

Sempena dengan 11 Januari 



Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

[Chorus:]
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna