Wednesday, January 16, 2013

Blog

At last, I've found that girl's blog. The one that I only read few parts of it 2 years ago.  Got the link from her FB before she deleted it back then.  From just friend, we became strangers before we became friends again in FB after 7 years. ( I know this friends-strangers-friends relationship are very hard to explain to you people out there).

But who cares. She's mine now :)   I've never thought that I'll be searching for her blog again after she deleted the link.  I've searched high and low before and I failed.  After that, I gave up to search for her blog.

As far I can recall, I only remember the part which she said she's into fashion photography, other that that "puff" I didn't remember a single thing about her blog.

And tonight, I don't know why, suddenly I tried to search for her blog again and after a few trials, I found it (Y) Ohh thanks to myself who brought up the topic about fashion photography. hehehe If i didn't brought that up I won't search for the blog.

At least now i've read what I missed last time

I love you :)

Friday, January 11, 2013

24


"Tak perlu ku cari beribu, ku akui kamu yang satu. kau buat ku rasa baru"

Selamat 24 bulan Nur Liyana :)
Semoga sampai ke hujung hayat 

Penat berjalan seharian pagi sampai petang dengan camera di leher, akhirnya bertemu jua. *ada mcm dlm video ya x? heh

Thursday, January 10, 2013

11 Januari

Sempena dengan 11 Januari 



Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa Engkaulah jiwaku

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia

Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu

[Chorus:]
Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah Hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

Tuesday, January 8, 2013

Bandung 2012

*Yuna-Terukir di bintang*

Yuna has won Anugerah Juara Lagu 27 which was held yesterday.  But i'm not going to write about that.

Since 2 weeks ago, i've tried hard not too think about my undeveloped film which i brought along during trip to Bandung with friends 2 weeks ago.  Why? Currenly i'm broke. Yes!! BROKE!! But today, i surrendered, i sent the film to the photo lab and get it developed.

During the trip, i've my LOMO LCA and Olympus OM10 with me.  As it's rainy season, i only managed to shoot one roll from Olympus OM10. Let's the pictures do the talking

Self portrait

The masks
Sweet corn
Gadis strawberry
Red Indian
Mini bicycle
Comrade
My favourite from this roll is this one 

Wajah
*All photos are taken with Olympus OM10+Olympus OM zuiko 50mm f1.4 with kodak ultramax 800

There's still a lot more to learn so that i can take better photos next time.

Thursday, January 3, 2013

Kembali ke sekolah

Tak seperti zaman dahulu, bila nak start sekolah je semangat habis.  Kasut baru, baju baru, beg baru, botol air baru, pencil case baru, pendek kata semua la baru bila sesi persekolahan nak start.  Padahal semua yang baru tu, tak sampai sebulan dah rosak rabak.  Biasala, lelaki, mana cermat nak jaga barang.  Lebih-lebih lagi lelaki maskulin seperti aku.  Sebab? Dengan kasut sekolah la aku jadikan sebagai kasut futsal, 2 in 1 la katakan. Baju sekolah pulak, jadi jersi futsal. Tak sah kalau tak balik rumah kolar baju hitam dipenuhi daki dan peluh lelaki sejati.

Semangat manapun aku nak datang sekolah, aku datang lewat jugak.  Disebabkan mempunyai pengaruh yang kuat, aku suruh kawan aku, Andy reservekan tempat duduk.  Dia seorang yang rajin, tak seperti aku.  Tapi sedikit sebanyak kerajinan dia banyak mempengaruhi aku.  Kami banyak belajar bersama, dia tolong aku, aku tolong dia. Haa tengok, mcm tu la kita sepatutnya hidup. Ni kata 1 Malaysia tapi sering sangat nak condemn kaum lain.  Patutnya hidup relax je, tolong menolong bagai aur dan tebing.

Dulu aku bersekolah kat sekolah harian biasa je, bukan sekolah berasrama penuh.  Sampai hari ni aku tak faham kenapa orang beria nak masuk sekolah berasrama penuh. Best sangat ke? Mungkin org lain punya sebab kenapa nak masuk SBP.  Aku dapat jugak tawaran masuk SBP dulu, tapi disebabkan anak emak, aku stay kat sekolah harian je.

Dah 4 tahun rupanya aku meninggalkan zaman persekolahan.  Rindu kat sekolah, rindu suasana sekolah, rindu kawan-kawan, rindu nak tidur dalam class.  Sebenarnya, aku bersekolah di sekolah yang majoriti pelajarnya adalah terdiri daripada kaum cina.  Jadi, aku kira minoriti la kat sekolah tu.  Tapi best jugak sebenarnya, asyik nak kawan dengan melayu je mana thrill.  Sebab tu la aku banyak kawan cina tapi aku tak pandai nak berbahasa cina, kalau faham sikit-sikit tu boleh la.  Menyesal tak belajar dulu.  Aku teringat kat senior aku pernah cakap :-

"Kalau kamu nak belajar Mandarin, cari Chinese girlfriend"

Kalau aku jumpa dengan dia sekarang aku nak cakap macam ni :

Sekarang girlfriend aku tak ajar aku Mandarin pun, guano ni boh?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Post ni ditulis sebab sekarang musim sekolah. Selamat bersekolah. Dan aku akan kembali berkuliah esok. MALASNYA!!

Satu lagi, syndrome tak sabar nak balik kampung dah membuak, tambah pula CNY tak lama lagi, nak celebrate sama-sama kawan chinese mcm dulu dari pagi sampai malam visiting sampai mabuk limau.



*Siapa kata Cina dan Melayu tak boleh bersatu?

Wednesday, January 2, 2013

2

Sama seperti tahun lepas, aku menyambut tahun baru keseorangan. Ye la, dah duduk oversea mestila hidup sebatang kara. Tak ada benda menarik untuk disaksikan, apatah lagi untuk diraikan.  Sebagai seorang muslim, aku tidak biasa dengan hiburan dan parti liar walaupun ramai teman yang mengajak.  Inbox mesej aku sudah hampir penuh berupa ajakan sedemikian.

"Joe, malam ni jangan lupa ya jam 10", ujar Ally, seorang budak local yang tergila-gilakan aku.  

Seperti sudah tahu muslihatnya ingin mengajak aku yang handsome ini keluar, aku hanya mendiamkan diri.

4 jam lagi sebelum bertukar tarikh.  Aku duduk di balkoni rumah sambil mengenang nasib dan berfikir apa sahaja yang telah aku capai sepanjang 2012.  

Bukan niatku ingin mendabik dada, tetapi sepanjang 2012, telah banyak peristiwa suka duka telah ku lalui dan kebanyakannya amat membanggakan. 

Antaranya, aku telah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk batch aku sebab telah lulus dengan cemerlang untuk semua subjek medic.  Paling membanggakan, aku dapat markah 100 untuk setiap kali ujian anatomi. 

Maka, tidak hairanlah aku sering dipuja oleh cewek-cewek di kampus.  "Beauty with brain" Ya. Itulah gambaran tepat untuk menggambarkan diri ini.

Di luar rumah sudah terdengar dentuman letupan kembang api.  Tak seperti di Malaysia di mana bunga api adalah diharamkan dan hanya dijual di pasar gelap.  Di sini, bunga api dengan mudah boleh dibeli di pinggir jalan.  Dengan pasaran yang legal, jadi meriah la setiap kali acara menyambut tahun baru.

Aku masih duduk di balkoni, sedikitpun di dalam hati tak excited nak sambut tahun baru dan aku pun tak tau kenapa.  

Sedang aku mengelamun, aku dapat merasakan gegaran yang amat kuat tanpa henti. "Apakah ini gempa?" aku bermonolog sendirian. Gegaran masih berlangsung dan sekarang diiringi bunyi yang kuat.  Keadaan tersebut persis di medan perang. Aku tak pasti sama ada ia disebabkan oleh gempa ataupun kembang api. Aku hanya mampu memejamkan mata dan menyerahkan segalanya pada yang Esa.  

Disaat gegaran masih lagi berlangsung dan bunyi yang semakin kuat, aku memberanikan diri untuk membuka mata.  

Aku mendapati diri aku berada di atas katil. Alhamdulillah, anggota badanku masih lagi sempurna, tangan masih sepasang, kaki juga sepasang, jari tangan 10 begitu juga jari kaki. Ku ambil cermin meja, tampak diriku masih tampan seperti biasa.

Namun, ada seperkara yang aneh. Aku masih merasakan gegaran.

Rupa-rupanya, katil aku yang bergegar disebabkan handphone nokia 3310.  Dan bunyi dentuman sebenarnya terhasil daripada nada dering monofonik telefon tersebut.  Aku mendapat panggilan daripada ayah aku-panggilan akhir tahun katanya.  Usai berbicara di talian, aku melihat jam, jam menunjukkan angka 1900. 

Astaghfirullah

*Jangan tidur waktu maghrib, banyak setan

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru 2013

Kalendar perkuliahan universitas aku memang memperuntukkan cuti selama lebih kurang seminggu lebih apabila tibanya akhir tahun.  Biasalah, universiti kristian, mestila nak meraikan hari natal untuk jangka waktu yang lama.  Lebih kurang mcm kat Malaysia bila tiba je hari raya, kecoh nak cuti sampai sebulan atas alasan bulan syawal tu sebulan lamanya.

Jadi, liburan bermula pada 21 Disember 2012.  Aku yang tak balik kampung halaman tak tahu nak buat apa sepanjang cuti yang sampai tahun depan.  Mati kutu dibuatnya.  Dah la duit simpanan dalam akaun semasa CIMB Niaga semakin menipis, kalau nak bercuti ke Bali memang la tak lepas.  Jadi, di saat loceng perkuliahan terakhir dibunyikan, aku nekad nak berhibernasi sepanjang liburan.  Bukan apa, nak ganti balik masa tidur yang telah dikorbankan sebab kelas yang padat ditambah pula waktu exam.  Budak medic ni sibuk memanjang kalau nak tahu. So, siapa yang tak bersedia nak ambik course medic takyah ambik la. Itu je nasihat aku. 

Tetapi bila tengah cuti, aku pelik macam mana plan nak berhibernasi ni boleh pulak bertukar menjadi program liburan 3 hari 2 malam ke Bandung bersama teman yang sekepala.  Mungkin hati aku ni lembut sangat menerima ajakan kawan kawan kot. 

Maka bercutilah aku di Bandung bersama teman-teman aku.  Percutian ini bukanlah seperti percutian biasa yang sering aku lalui.  Percutian kali ini amat dramatik penuh adegan suka duka.  Part yang suka nya, siapa yang tak suka pergi bercuti kan, part duka pulak, duit dalam wallet semakin pupus.  Part dramatik pulak, nanti-nantila aku cerita.

Sepanjang percutian, aku memang tak bersedia nak keluarkan sesen pun duit untuk shopping, hanya untuk belanja yang perlu.  Hasilnya, dapatlah jugak perbelanjaan percutian 3 hari 2 malam ke bandung diminimalisasikan.

Sekembalinya ke Jakarta, aku ingat nak sambung balik plan tido sepanjang hari, tapi masih gagal. Paling lama aku dapat tido pun sekitar 11-12 jam.  Jadi waktu selebihnya diisi dengan program yang bermanfaat seperti menonton movie ataupun beriadah.

Seperti sekarang, aku sebenarnya tengah pause movie romantic Thailand sebab nak layan tulis post ni dulu.  Ye la, tak hipster la kalau tak tulis post pasal minggu terakhir 2012. hihihihi

*Selamat tahun baru 2013