Friday, August 28, 2009

Siapa mengerti??

Cuti sekolah semakin melabuhkan tirainya..lebih kurang seminggu bercuti..sepatutnya hanya perasaan gembira yang muncul-seperti budak2 sekolah rendah apabila diumumkan bahawa esok adalah cuti..tetapi..entah mengapa perasaanku bercampur aduk..perasaan risau sering melanda hati..diriku hanya bertopengkan kegembiraan yang tidak berpanjangan..namun..tiada siapa yang tahu betapa seksanya batinku..apabila mengenang kembali apa yang telah ku lalui..semuanya mempunyai sebab musabab yang tersendiri..sama ada sengaja dicari mahupun datang sendiri..ku tanyakan kepada diriku..adakah ku lebih bersedia untuk menghadapi masa depan..jawapannya masih belum mampu kutemui..ah, sungguh banyak ranjau hidup ini..amat sakit lagi menyeksakan..siapa kata setiap pekerjaan adalah mudah??hidup ini amat sukar..kekuatan..ya..ku perlukan kekuatan..hembuskanlah nafas kekuatan dalam diriku..ku merayu..setelah ku amati..selama seminggu bercuti..ku lebih banyak meluangkan masa dengan gajet2 canggih ciptaan manusia yang alpa dengan diri sendiri..setiap hari kutatapi skrin komputer selama berjam-jam lamanya..adakah ia mendatangkan hasil??walaupun ku banyak membaca daripada artikel2 yang ada di alam maya..jika tidak menatap komputer..ku akan bergegas terperap ke dalam bilik untuk menyentuh konsol ps2..arhh..begitu melalaikan..tidak tahu hendak berbuat apa..telefon bimbitku setia menemani..menghiburkan aku dengan alunan lagu yang telah dimuat turun daripada internet-sekali lagi..aku melakukan jenayah-menyokong cetak rompak..Tuhan..sedarkan aku dari kesalahanku..walaupun dibuai lagu2 yang menjadi halwa telinga..syahdu..namun..hati yang kosong ini tetap tidak tenang..payah..memang payah..ramai yang mengatakan..kawan adalah teman yang paling bernilai..namun..apabila hati telah ditakluki seseorang..adalah sukar untuk mengawal perasaan jika PENAKLUK tidak sentiasa memberi khabar..PENAKLUK..ku perlukan dirimu di saat ini..ku amat memerlukan mu..waima sekalipun keakraban sahabat handai, rakan taulan, tidak dapat menandingi betapa pengaruh PENAKLUK sepertimu..duhai PENAKLUK..jalankan tanggungjawabmu..selama beberapa hari ini..beberapa lagu menjadi pilihanku..dan mungkin anda tahu apakah lagu2 tersebut dan berjaya mentafsir apakah perasaanku sebenarnya..ahh..keluhan daripadaku tidak terhitung apabila menjalani hidup ini..mengapa??terlalu berat untuk ku ceritakan..apatah lagi menanggung beban hidup ini..diriku hanya mempunyai keluarga, kawan dan dirimu..untuk berbicara kepada semua..adalah amat susah..jadi..ku luahkan segala isi hati dengan menekan butang2 hitam yang dihiasi abjad ini ke laman yang tanpa sempadan..tika ini..ku sedang menghadapi banyak persoalan dan dilema..yang paling utama..semestinya berkaitan dengan PENAKLUK-rakyat mana yang tidak bimbang akan PENAKLUKnya..minggu ini..ku telah lakukan sesuatu yang belum pernah ku lakukan..kelakuanku..adakah akan diterima oleh PENAKLUK??walaupun PENAKLUK belum mengetahui apa yang telah ku rancang dan ingin lakukan..namun..ku amat menaruh harapan yang tinggi agar perbuatanku tidak sia-sia..penghargaan amatlah ku inginkan..
manusia mana yang mampu meramal masa hadapan..akan ku biarkan segala apa yang mungkin akan terjadi nanti..kutadahkan tangan dan berdoa agar segala apa yang telah ku lakukan diterima seadanya walaupun tidak sempurna..hanya beberapa hari lagi..fasa terakhir hidup sebelum peperangan yang mempertaruhkan masa depan akan bermula..apa yg ku mahu..biarlah fasa terakhir nanti..diri ini disulami semangat dan tekad yang kental di samping sokongan daripada inti-inti yang memaniskan hidup terutamanya si PENAKLUK..Luahan ini ku akhiri dengan perasaan yang berbaur yang hanya dirasai oleh diriku..hanya lagu sebagai penterjemah perasaan suram diriku..berilah diriku pelangi ceria dan bersurailah dirimu awan mendung..sinaran mentari amat ku harapkan darimu..PENAKLUKKU..

Luahan rasa,
Taklukan mu..

No comments:

Post a Comment